KL CHRONICLE: @razlanrafii dan Pemuda Umno Wilayah yakin PM @NajibRazak akan kekalkan Akta Hasutan #KekalAktaHasutan

Saturday, September 6, 2014

@razlanrafii dan Pemuda Umno Wilayah yakin PM @NajibRazak akan kekalkan Akta Hasutan #KekalAktaHasutan

Federal Territory Umno Youth chief, Mohd Razlan Muhammad Rafii (centre), believes Prime Minister Datuk Seri Najib Razak will make his decisions about the Sedition Act in line with demands from the party’s grassroots. – The Malaysian Insider pic, September 6, 2014.


Pemuda Umno Wilayah Persekutuan yakin Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akhirnya akan mengekalkan Akta Hasutan selaras dengan kemahuan rakyat di peringkat akar umbi.

Ketuanya, Mohd Razlan Muhammad Rafii berkata kerajaan biasanya membuat keputusan berdasarkan maklum balas daripada pelbagai peringkat, khususnya akar umbi.



"Selalunya keputusan diambil berdasarkan maklum balas. Saya percaya perdana menteri akan buat keputusan berdasarkan maklum balas akar umbi," katanya kepada The Malaysian Insider hari ini.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno berkata majoriti Umno bahagian di seluruh negara meminta kerajaan mengekalkan akta itu.

Beliau dilaporkan berkata, hasil tinjauan Umno pusat ketika ini, sehingga Jumaat, 161 daripada 191 Umno bahagian menyuarakan perkara itu.

"Setakat ini, hasutan dan kebencian banyak dimainkan di Internet dan melalui ucapan semasa demostrasi, termasuk usaha parti pembangkang yang mahu memisahkan Sabah daripada Malaysia," kata Razlan.

Tambahnya, Akta Hasutan diperlukan untuk memastikan gerakan seperti itu ditumpulkan agar keamanan dan kedaulatan negara terjamin.

Bagaimanapun, beliau menafikan Pemuda Umno Wilayah bercadang mengadakan kempen di peringkat akar umbi bagi menggesa akta itu dikekalkan.

Katanya walaupun tanpa kempen, rakyat boleh melihat dengan jelas berkembangnya situasi hasut-menghasut antara kaum, terutama membabitkan kepentingan agama.

Razlan juga menyokong kenyataan Shahidan yang mahu Putrajaya mengembalikan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Katanya, ISA diperlukan sehingga kerajaan dapat memperkenalkan akta lain yang boleh menjamin keamanan dengan lebih baik. – 6 September, 2014.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget