KL CHRONICLE: Kini Ahli Parlimen PKR Puji Prestasi Ekonomi Negara dibawah @NajibRazak

Wednesday, September 3, 2014

Kini Ahli Parlimen PKR Puji Prestasi Ekonomi Negara dibawah @NajibRazak

 Ahli Parlimen PKR Wong Chen bimbang kesan pendakwaan di bawah Akta Hasutan memberi impak negatif kepada ekonomi negara terutama apabila media luar negara mula mengesannya. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 3 September, 2014.
Wong Chen puji prestasi ekonomi negara dibawah pentadbiran Perdana Menteri Najib Razak

Ahli Parlimen PKR Wong Chen hari ini memuji prestasi ekonomi negara dan melahirkan rasa kebimbangan beliau prestasi baik ketika ini akan terjejas sekiranya lebih ramai ahli parlimen pembangkang didakwa menggunakan akta hasutan. 



Bank Negara melaporkan Malaysia mencatatkan prestasi kukuh dengan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 6.3% bagi 6 bulan pertama 2014, berbanding 4.4% yang dicatatkan dalam tempoh yang sama setahun lalu.

Ekonomi negara juga dijangkan tumbuh melebihi 5.5% bagi tahun ini ekoran prestasi kukuh yang dicatatkan dalam enam bulan pertama 2014.

Prestasi baik ini disumbang oleh keadaan dalaman dan luaran yang baik.

Dalam masa dua minggu lepas, beberapa pemimpin Pakatan Rakyat didakwa mengikut Akta Hasutan termasuk Rafizi Ramli dan N Surendran daripada PKR, Khalid Samad (PAS) dan RSN Rayer (DAP).

Wakil rakyat lain yang dituduh mengikut Akta Hasutan ialah Teresa Kok (DAP) dan Chua Tian Chang (PKR), sementara Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin (PAS) didakwa atas tuduhan membuat fitnah dua tahun lepas.

Semua wakil rakyat ini berdepan kemungkinan hilang jawatan jika mahkamah menjatuhkan denda RM2,000 atau lebih atau hukuman penjara sekurang-kurangnya setahun. – 3 September, 2014.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget