KL CHRONICLE: @khalid_ibrahim : Kerjasama Kerajaan Negeri dan Persekutuan untungkan rakyat

Friday, September 12, 2014

@khalid_ibrahim : Kerjasama Kerajaan Negeri dan Persekutuan untungkan rakyat

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata perjanjian air Selangor dengan Putrajaya kejayaan mengembalikan hak air kepada rakyat. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 12 September, 2014.


Kos pengambilalihan penstrukturan semula industri air Selangor yang termeterai hari ini dengan Perjanjian Utama ditandatangani kerajaan pusat dan kerajaan negeri, kurang RM2.2 bilion daripada kos asal.



Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pada kos RM7.45 bilion, ia jauh lebih rendah daripada tawaran awal yang dilakukan kerajaan negeri iaitu RM9.65 bilion.

"Perjanjian ini merupakan satu kejayaan bukan saja pada kerajaan negeri tetapi rakyat Selangor dan Malaysia yang selama ini menyokong penuh usaha mengembalikan semula hak air kepada rakyat.

"Walaupun menerima banyak cabaran terhadap usaha, keputusan, malah niat kita dipersoalkan dari dalam parti, namun dengan sokongan pelbagai pihak khusus di kerajaan negeri Selangor dan Persekutuan, menguatkan iltizam kerajaan negeri dalam mencari penyelesaian muktamad," katanya dalam satu kenyataan.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget