Friday, September 26, 2014

Gambar Sekitar Walkabout Program “Ziarah Mesra: Jalinan Murni”



Pada tanggal 13 September 2014, satu program kemasyarakatan yang diberi nama "Ziarah Mesra : Jalinan Murni" telah diadakan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sedili. Program ini telah dianjurkan oleh Yayasan Mesra , sebuah yayasan yang ditubuhkan untuk membantu pembangunan sahsiah masyarakat melalui program-program kemasyarkatan, kebajikan dan pendidikan. 






Bagi program "Ziarah Mesra : Jalinan Murni" ini. pihak Yayasan Mesra mesra juga telah mendapat kerjasama dari pelbagai pihak antaranya  Pusat Khidmat Parlimen Kota Tinggi Puteri Umno Bahagian Kota Tinggi dan Umno Cawangan Dun Sedili. Bagi saya, penyertaan Ahli Parlimen Kota Tinggi bersama barisan kepimpinan dan ahli akar umbi UMNO Bahagian Kota Tinggi merupakan satu bentuk "teamwork" yang sangat baik. 

Sebelum saya bercerita dengan lebih lanjut, tujuan program "Ziarah Mesra : Jalinan Murni" ini diadakan adalah untuk menyampaikan sumbangan kepada warga fakir miskin kawasan DUN Sedili, Parlimen Kota Tinggi. Berbezanya program "Ziarah Mesra : Jalinan Murni"  dengan program-program lain adalah dalam program ini, bantuan diberikan secara direct kepada penerima fakir miskin dan bukan mereka datang ke majlis yang dianjurkan di mana-mana dewan setempat.




Program ini diadakan sebegini rupa adalah untuk memastikan ia sebagai satu wadah komunikasi secara dekat di antara penduduk dan juga pemimpin tempatan serta mewujudkan hubungan integrasi diantara agensi kerajaan, badan bukan kerajaan serta penduduk tempatan melalui pendekatan “House to House”. Dengan ini,  ukhuwah diantara rakyat dan pemimpin melalui pendekatan “salam mesra” dapat diperhebatkan lagi. 

Bagi saya, apa yang dilakukan oleh Pihak Yayasan Mesra dengan kerjasama UMNO Bahagian Kota Tinggi adalah sangat baik dan merupakan satu win-win situation bagi penduduk Kota Tinggi dan juga barisan kepimpinan setempat. Penduduk Kota Tinggi juga dilihat sangat sporting dan terbuka dalam menerima kunjungan pemimpin tempatan dan sebenarnya inilah yang kita mahukan. 

Secara jujurnya, saya berharap lebih banyak program sebegini dapat diadakan bukan sahaja di Kota Tinggi malah di seluruh negara supaya ukhwah antara pemimpin dan rakyat dapat dirapatkan lagi bagi kebaikan bersama. 




No comments:

Post a Comment