KL CHRONICLE: Amaran Keras Kepada Semua Pemandu Teksi Di Malaysia

Friday, September 26, 2014

Amaran Keras Kepada Semua Pemandu Teksi Di Malaysia



Kami di #KLChronicle ingin memberi amaran keras kepada semua pemandu teksi berlesen di Malaysia supaya tidak lupa pada tarikh keramat 30 September 2014. Ini kerana 30 September 2014 merupakan tarikh akhir pemandu teksi dapat melakukan penembusan baucer tayar TR1MA 1.0 dan TR1MA 2.0. Bagi yang tidak mengetahui apa itu TR1MA, TR1MA adalah satu program kerajaan Barisan Nasional untuk membantu pemandu teksi dalam tiga aspek berikut:

1. Keselamatan Pemandu Teksi dan Penumpang
2. Kos Penyelenggaraan Kenderaan
3. Keselesaan Penumpang


Menyedari bahawa pemandu teksi terbeban dengan pelbagai tanggungan, Datuk Seri Najib Tun Razak telah bersetuju untuk memberikan bantuan baucar tayar TR1MA 1.0 dan TRIMA 2.0. Namun begitu, tarikh akhir bagi penembusan baucer ini adalah pada 30 September 2014. Oleh itu kami di #KLChronicle sangat berharap bahawa pemandu teksi akan mengambil peluang dari program ini bagi kesenangan mereka. 

Bagi mereka yang masih tidak tahu bagaimana untuk menebus baucer tayar TR1MA 1.0 dan 2.0, Permohonan baucer tayar TR1Ma 2.0 boleh dihantar ke semua kaunter SPAD dan Cawangan-Cawangan LPKP (bagi Sabah dan Sarawak) sebelum 30 September 2014. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget