Saturday, September 27, 2014
Alvin Tan : Saya Marah dengan Orang Islam Malaysia, mereka "buta"
Apapun persepsi orang ramai terhadap Alvin Tan, pelajar Singapura yang kontroversi itu mempunyai pandangannya tersendiri tentang politik, masyarakat Malaysia dan agama.
Lelaki 26 tahun itu mencari suaka di Amerika Syarikat (AS) dan memberitahu The Malaysian Insider keputusannya untuk lari dari tanah airnya adalah untuk bebas daripada "kuku besi" kerajaan serta "kejahilan" rakyat Malaysia.
Selepas menjadi sasaran kritikan rakyat Malaysia akibat ucapan menyambut Ramadan kontroversi di Facebook Julai tahun lepas, Tan mempertahankan post tersebut yang mengandungi gambar hidangan bak kut teh sebagai satira politik.
Dia berkata episod ini menunjukkan bahaya menggunakan Islam "sebagai dasar mentadbir hidup orang ramai" dengan membuat perundangan daripada moral peribadi tanpa membezakan yang tidak bermoral dengan yang menyalahi undang-undang.
Bekas pelajar undang-undang di Universiti Kebangsaan Singapura (NUS) itu serta teman wanitanya Vivian Lee mula mendapat perhatian ramai selepas memuat naik post lucah di blog mereka.
Namun post bak kut teh mereka yang menjadi masalah, sehingga mereka dipenjarakan sementara – selepas didakwa di bawah Akta Hasutan dan Akta Penapisan Filem.
Tan melanggar syarat ikat jaminnya ketika pergi ke 'lawatan kerja' di Singapura dan kini berada di senarai dikehendaki Interpol.
Selepas mendiamkan diri seketika, dia muncul baru-bari ini di media sosial untuk mengumumkan rancangannya memohon suaka di AS.
Dalam temuramah emel ini, Tan mengakui walaupun dia pernah 'muda dan bodoh' dahulu, kini dia bersedia menghadapi kesan tindakannya sebagai seorang lelaki, dan dengan cara yang aneh dan tidak dijangka, menambah kepada debat Malaysia yang sedang bergelut dengan identiti Islam-sekularnya.
Q: Apa perasaan anda sekarang berbanding dahulu semasa didakwa pada 18 Julai tahun lepas, selepas semua yang anda harungi?
A: Fokus saya kini untuk memulakan kehidupan sekali lagi di negara terbaik di dunia, memandangkan tiada kerajaan kuku besi di sini. Selepas meninggalkan Malaysia, saya rasa beban yang berat diangkat daripada bahu saya, dan berasa selamat kerana saya tahu proses penyerahan balik antara AS dan Malaysia bukan senang.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar sendiri berkata kesalahan yang menjamin penyerahan balik perlu menjadi jenayah di kedua-dua Malaysia dan AS, jika tidak permohonan penyerahan balik akan gagal. Ingat bagaimana Pejabat Peguam Negara cuba mendapatkan kembali Raja Petra Kamaruddin pada 2009 dari kerajaan UK dan mereka tidak diendahkan?
Apapun, meskipun saya berada di kedudukan yang lebih baik untuk bersuara kini tidak bermakna saya akan lakukannya. Saya tidak mahu menjadi seperti mereka yang dibuang negera, selalu mencaci tanah airnya dari sebarang laut, sedih dan kecewa dan selama-lamanya tidak memulakan hidup baru.
Q: Apa yang boleh anda katakan tentang pendekatan Malaysia kepada kebebasan bersuara?
A: Masalah sebaliknya ialah kita semua dipengaruhi untuk percaya perkataan adalah merbahaya dan mampu mencetuskan rusuhan dan pembunuhan. Dengan kepercayaan ini di kalangan masyarakat, mereka akan memandang kepada Akta Hasutan dan menyokongnya untuk "menjamin keamanan." Justifikasi sokongan rakyat terhadap akta tersebut pula memudahkan kerajaan untuk terus menggunakan Akta Hasutan bila-bila masa.
Namun sejarah mengajar kita mana-mana undang-undang yang membendung ucapan kebencian juga 100% akan disalahguna kerajaan untuk menapis secara tidak adil, sebab itulah pengasas AS menegaskan semua bentuk ucapan, terutamanya ucapan yang menyinggung sepatutnya imun kepada pendakwaan dengan Perkara 1 daripada Undang-Undang Hak Asasi 1791.
Mereka memahami idea ini lebih dari 200 tahun dahulu, dan lihatlah bagaimana mereka sekarang dari aspek politik, ekonomi, budaya dan ketenteraan. Cara yang betul untuk mengendalikan perbezaan pendapat, terutamanya perbezaan pendapat moral, adalah dengan pendidikan, atau paling teruk juga kutukan sosial dalam bentuk boikot, bukannya memenjarakan mereka.
Q: Bagaimana pendapat ibu-bapa anda, terutama tentang pencarian suaka anda, adakah mereka menyokongnya? Bagaimana pula rakan-rakan anda?
A: Keluarga saya cuba hidup normal sebaik mungkin. Mereka berhenti menawarkan pendapat mereka tentang hidup saya kerana mereka betul-betul tidak mampu memahami dan menasihatkan saya tentang apa yang perlu dilakukan, memandangkan masalah saya begitu sukar kini. Rakan-rakan saya seperti percaya pilihan terbaik bagi seorang seperti saya adalah untuk meninggalkan Malaysia, dan semestinya saya mengambil pandangan mereka dengan serius.
Q: Mengapa anda mencari suaka, adakah kerana anda tidak percaya dengan sistem keadilan tempatan?
A: Saya mencari suaka bukan sahaja daripada kuku besi Umno, tetapi juga daripada kejahilan rakyat Malaysia. Pemerintahan kuku besi Umno jelas: mereka ingin memenjarakan saya untuk menunjukkan kerasnya agama Islam mereka. Mereka mengawal pasukan polis, Pejabat Peguam Negara, mahkamah rendah, media, dan melalui media dan sistem pendidikan pula mereka mengawal minda orang ramai.
Kejahilan rakyat Malaysia tidak begitu jelas kelihatan, tetapi sama bahayanya. Apabila orang ramai percaya tidak mengapa untuk memenjarakan mereka yang tidak bermoral, menyinggung atau berbeza, walaupun tidak pernah mencederakan sesiapa, kita tahu ini negara primitif yang tidak tahu yang tidak bermoral dan menyalahi undang-undang adalah dua perkara berbeza.
Apabila mereka menyeru supaya Ibrahim Ali supaya dipenjarakan kerana ucapannya, saya tahu sudah tiba masanya untuk melarikan diri secepat mungkin.
Pepatah mengatakan kita hanya layak kerajaan yang kita dapat. Di Malaysia, Umno dapat kekal memerintah kerana orang ramai memiliki pemikiran Umno tanpa mereka sedari. Senang kata, saya lari mencari suaka kerana saya tidak berdaya melawan pemerintahan dan kejahilan begitu. Tindakan rasional yang tinggal bagi saya adalah untuk melarikan diri daripada membazirkan hidup saya melawan perang Sisyphus ini.
Q: Ini mungkin bermakna mereka yang tidak mengenali anda di Malaysia menganggap anda sebagai pelarian. Adakah ini mengganggu anda?
A: Ramai rakyat Malaysia percaya saya penakut kerana melarikan diri. Saya tidak berpendapat begini. Apabila kerajaan dan institusi mengambil keputusan merosakkan hidup anda dan memenjarakan anda kerana menyinggung perasaan mereka, anda tidak akan duduk dan melawan emosi dan tekanan tidak masuk akal yang besar itu.
Tidak adil untuk mengharapkan saya melawan keadaan tidak adil seperti itu. Saya bersendirian, malah pemimpin Pakatan Rakyat yang tidak berhati perut (Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng) juga menyeru supaya saya dipenjarakan supaya mereka tidak kehilangan undi orang Islam. Bayangkan melawan seluruh negara bersendirian dengan peguam anda.
Satu-satunya perkara rasional yang boleh dibuat adalah meninggalkan negara. Mula-mula, saya bodoh kerana mengajak orang Islam berbuka puasa dengan bak kut teh semasa Ramadan. Kini saya penakut kerana melarikan diri daripada perbicaraan yang tidak adil. Tidak kira apa jalannya, mereka akan mencari sesuatu untuk mengkritik saya. Apa yang saya tahu, saya penat menjadi bodoh. Alvin Tan kini bijak, pragmatik, berkira dan mengambil kira wang.
Q: Bilakah anda mengambil keputusan mencari suaka?
A: Mulanya saya faham konsep suaka politik semasa di penjara Sungai Buloh pada Julai 2013. Selepas mendengar tentang situasi saya, rakan sepenjara saya dari Iran menggesa supaya saya memohon suaka kepada Suruhanjaya Tinggi Pelarian Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR). Apabila saya dilepaskan dari ikat jamin, mahkamah mengambil pasport saya. Saya menunggu masa yang sesuai hampir setahun, perlahan-perlahan mengakhiri ikatan saya dengan Malaysia (membubarkan aset, mengakhiri kontrak) dan apabila mahkamah meluluskan untuk saya pergi ke Singapura merakamkan dokumentari di sana Mei tahun ini, saya mengambil peluang melarikan diri.
Q: Adakah kemungkinan permohonan suaka anda kepada AS gagal? Apa yang akan berlaku jika begitu?
A: Saya mempunyai dua lapisan rayuan sekiranya permohonan saya gagal. Saya masih bebas memohon kepada Kanada, Mexico, Argentina, Sweden, Norway, Denmark, Belanda, New Zealand, Australia, UK dan negara lain sekiranya AS tidak menjadi.
Q: Anda seperti marah kepada kerajaan dan orang Islam, bolehkah anda jelaskan mengapa begitu?
A: Sebab mengapa saya marahkan orang Islam adalah kerana mereka tidak memahami konsep pemisahan agama dan negara. Mereka seperti mahukan setiap prinsip keagamaan diaplikasikan kepada buku undang-undang, dan khususnya buta kepada perbezaan kesalahan moral dan kesalahan undang-undang. Dalam negara sebegitu, Islam satu idea politik, bukannya agama peribadi.
Jika mereka bertegas mengaplikasikan Islam dalam politik dan kerajaan, mereka juga patut tahu kritikan terhadap Islam tidak dapat dielakkan dan sebahagian daripada debat politik. Mereka tidak dapat lagi menjadi sesuatu yang suci dan kebal kepada kritikan, kerana Islam digunakan untuk mentadbir kehidupan orang ramai.
Inilah dasar permohonan suaka politik saya. Percubaan saya untuk menghasilkan satira dengan mempersendakan orang Islam merupakan penyataan saya yang tidak setuju dengan orang Islam dan agamanya. Memandangkan pengaruh Islam dalam institusi kerajaan kita, mempersendakan orang Islam seperti mempersendakan yang konservatif atau sosialis. Perkara yang sama. Mahkamah AS faham tentang ini. Malah pegawai suaka saya di San Francisco dalam pendapatnya sendiri setuju gambar bak kut teh Ramadan saya merupakan satira politik, tidak lebih dari itu.
Q: Melihat kembali, adakah anda kesal dengan ucapan sambutan Ramadan anda, ataupun anda percaya ia berlaku kerana ada sebabnya?
A: Masih awal untuk saya katakan. Jika permohonan suaka saya berjaya, saya dalam perjalanan menjadi rakyat AS dalam lima tahun, ia satu mimpi jadi kenyataan. Jika tidak, saya hanya perlu berpuas hati dengan kenyataan yang dahulu saya muda dan bodoh, dan berhadapan dengan kesannya seperti lelaki. Hidup saya kini dalam tangan hakim imigresen yang menghadiri perbicaraan kes saya.
Q: Bagaimana dengan Vivian, adakah anda risaukannya yang perlu menghadapi perbicaraannya bersendirian kini?
A: Saya cuba meyakinkannya untuk melarikan diri, tetapi dia tidak dapat melihat kepentingannya. Saya sudah pun memohon di mahkamah untuk melepaskan pasport kami menggunakan wang saya sendiri. Apa lagi yang dia mahu? Apa yang saya tidak lakukan adalah membiayai pelariannya, kerana, mengapa saya perlu lakukannya? Kami berdua dewasa dan bebas, sepatutnya mampu menjaga diri. Dia perlu lebih dewasa jika dia percaya ia tanggungjawab saya untuk membawanya sekali. Hello, dia yang graduan universiti di sini, bukannya saya. Sepatutnya dia lebih daripada mampu – berbanding saya – untuk menjaga diri sendiri. – 27 September, 2014.
No comments:
Post a Comment