Sunday, September 28, 2014

Alahai kerana RM 2 Bekas Menteri Zainuddin Maidin Mengamuk




Bekas Menteri, Tan Sri Zainuddin Maidin kini mahu surcaj RM 2.00 yang dikenakan oleh syarikat teksi jika pengguna membuat panggilan telefon bagi mendapatkan perkhidmatan teksi dikaji semula oleh pihak SPAD. Secara peribadi, saya tidak faham mengapa perkara sebegini kecil mahu dijadikan isu oleh seorang bekas menteri yang juga pernah memegang beberapa jawatan penting dalam UMNO. 



Saya rasa dari surcaj RM 2.00 itu dimansuhkan, lebih elok saya memberikan sedikit penerangan kepada Tan Sri Zainuddin Maidin mengenai kewajaran syarikat perkhidmatan teksi mengenakan surcaj tersebut. Surcaj tersebut dikenakan adalah kerana kadang kala pemandu teksi berada jauh dari kawasan penumpang, dan bila penumpang memerlukan teksi dengan segera, teksi akan diarahkan oleh HQ untuk ke rumah penumpang. 

Kos lebihan yang dialami oleh pemandu teksi i.e. kos minyak tersebut akan di "cover" oleh surcaj lebihan RM 2.00 yang kini dijadikan isu oleh Tan Sri Zainuddin Maidin. Kos surcaj ini adalah salah satu mechanism yang ditetapkan bagi mewujudkan keadaan "win-win" situation antara pemandu teksi dan penumpang. Cuba bayangkan jika kita sebagai penumpang mahukan teksi dengan segera tetapi tidak ada teksi yang hendak datang, bukankah kita yang akan rugi?

Oleh itu saya berharap Tan Sri Zainuddin Maidin usahlah berkira sangat dengan hal surcaj RM 2.00 ini dan memberikan tekanan pula kepada SPAD untuk mengkaji semula perkara ini. Saya rasa sekarang ini antara isu yang lebih penting dan yang harus diberikan perhatian segera adalah perkhidmatan teksi haram iaitu Uber Teksi yang semakin berleluasa di negara ini. Tan Sri Zainuddin Maidin tidak mahu komen pasal Uber Teksi ke? 

No comments:

Post a Comment