KL CHRONICLE: UBER Teksi, Perspektif dari Seorang Pengguna Pengangkutan Awam

Thursday, August 28, 2014

UBER Teksi, Perspektif dari Seorang Pengguna Pengangkutan Awam


Isu UBER taxi sekarang ini makin hangat diperkatakan sehingga menjadi antara tajuk utama dalam portal surat khabar The Sun Daily [DISINI] dan juga The Malaysian Insider [DISINI]. Saya setuju apabila para pemandu teksi berlesen menyuarakan rasa tidak puas hati mereka dengan Uber Teksi kerana perkhidmatan ini menjejaskan periuk nasi mereka. 



Salain itu, pendapat peribadi saya juga mengatakan Uber Teksi ini berbahaya kerana penumpang akan menaiki Teksi yang tidak berdaftar dan mempunyai lesen yang sah disini undang-undang. Jika sesuatu terjadi, seperti kes kemalangan, tidak ada insurans untuk menampung kos perubatan/kemalangan yang dialami oleh penumpang. Seolah-olah Uber Teksi ini adakah satu perkhidmatan yang berisiko tinggi dan terpulang kepada pelanggan untuk mengambil risiko tersebut atau tidak. 

Masalahnya, seperti banyak kes yang berlaku sekarang, setiap perkara yang buruk yang menimpa rakyat akhirnya kerajaan juga yang akan dipersalahkan. Menyedari perkara ini, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) hari ini telah mengeluarkan satu kenyataan media untuk "address" isu Uber Teksi ini. Saya ingin memetik apa yang dikatakan oleh Tan Sri Syed Hamid Albar (TSSH) :


"As far as I know, they also do not have public liability insurance which puts the safety of passengers at risk.


"And they are working outside the system as they are not like taxi mongers. I have seen their advertisement in newspapers calling for those with extra cars to register and drivers to work for them"

Saya perlu mengucapkan tahniah kepada pihak SPAD kerana melalui kenyataan akhbar yang dikeluarkan hari in saya mendapati SPAD telah:

1. Melakukan siasatan terhadap perkhidmatan UBER Teksi selepas mendapat laporan daripada pemandu teksi berlesen.

2. Telah "produce" laporan siasatan awal yang mendapati terdapat hampir 2 kesalahan undang - undang yang dllakukan oleh pihak Uber Teksi. 

Antara kesalahan undang-undang yang dilakukan oleh pihak Uber Teksi adalah:

1. Penggunaaan kenderaan persendirian untuk membawa penumpang yang membayar tambang adalah satu kesalahan dibawah Akta SPAD 2010. 

2. Pemandu UBER Teksi tidak memiliki lesen Perkhidmatan Pengangkutan Awam (PSV). Ini adalah satu kesalahan dibawah Akta Pengangkutan Awam 1987.

Bagi saya, "concern" yang ditunjukkan oleh SPAD adalah bertepatan dengan kerisauan rakyat sekarang dengan perkhidmatan UBER Teksi. The concern by the public is valid. Uber Teksi sekarang ini sedang merekrut pemandu persendirian yang mempunyai kereta untuk menjadi sebilangan daripada "pool" Uber Teksi. Persoalan saya, adakah :

1. Pemandu ini disaring dahulu untuk memastikan mereka tiada rekod jenayah?

2. Adakah kenderaan yang dibawah oleh Uber Teksi ini melalui pemeriksaan PUSPAKOM ?

Persoalan-persoalan ini adalah penting untuk dijawab oleh pihak UBER Teksi supaya rakyat akan berasa lebih selamat untuk menggunakan perkhidmatan mereka. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget