Datuk Ehsanuddin adalah Ahli Parlimen Kota Tinggi dan Pengerusi MLKN |
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang merupakan satu program tahunan melibatkan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bakal mengalami transformasi apabila program PLKN ini akan diteliti semula, kata Datuk Noor Ehsanuddin, ahli parlimen Kota Tinggi merangkap Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN).
Menurut Datuk Noor Ehsanuddin, sudah tiba masanya PLKN diberi nafas baru memandangkan program ini sudah hampir sepuluh tahun bertapak di negara ini. Antara kemungkinan perubahan yang akan dilakukan oleh MLKN adalah:
1. Memastikan semua lepasan SPM diberi peluang sama-rata untuk mengikuti program PLKN berbanding sekarang dimana proses kemasukan PLKN dilakukan secara pemilihan.
2. Sukatan pelajaran akan diteliti semula bagi disesuaikan dengan keadaan semasa. Pelajaran juga akan menitikberatkan soal perpaduan antara kaum.
Pada pendapat saya, langkah yang diambil oleh Datuk Noor Ehsanuddin adalah betul dan tepat pada masanya. Ini memandangkan jumlah pelajar lepasan SPM semakin meningkat dan sekaligus mengurangkan peluang mereka untuk serta dalam PLKN.
Dengan memendekkan tempoh program, kerajaan dapat mengambil lebih ramai pelajar lepasan SPM untuk menyertai program PLKN which bagi saya adalah a win-win situation bagi kerajaan dan pelajar.
Selain itu, dengan mengambil lebih ramai pelajar menyertai PLKN, proses pembelajaran berkait dengan perpaduan kaum dan agama dapat diajar kepasa lebih ramai pelajar, sekaligus menguntungkan negara di masa hadapan.
Akhir sekali, saya cuma berharap para Ibu Bapa dapat percaya kepada kerajaan dengan melepaskan anak mereka ke PLKN. Umum ketahui kadang kala ibu bapa sedikit keberatan untuk menghantar anak mereka disebabkan pelbagai isu.
Saya percaya jika kerajaan dapat selesaikan beberapa isu berbangkit PLKN akan dapat menjadi satu program yang terbaik oleh kerajaan untuk anak muda lepasan SPM. Insyallah
No comments:
Post a Comment