KL CHRONICLE: Terima Kasih Peguam Negara dan @PDRMsia, @NSurendrann Akhirnya didakwa kerana menghasut

Tuesday, August 19, 2014

Terima Kasih Peguam Negara dan @PDRMsia, @NSurendrann Akhirnya didakwa kerana menghasut

@Nsurendrann  mendakwa PM pula terlibat dalam kes KETUM
Naib presiden PKR dan peguam kontroversi N Surendran hari ini didakwa bawah Akta Hasutan 1948 di Mahkamah Sesyen Jalan Duta. Surendran, yang juga ahli Parlimen Padang Serai mengaku tidak bersalah mengeluarkan kenyataan pada 18 April bertajuk "Court of Appeal's Fitnah 2 written judgement is flawed, defensive and insupportable (Penghakiman bertulis Mahkamah Rayuan bagi kes Fitnah 2 cacat, defensif dan tidak boleh disokong)."

Dia didakwa mengeluarkan kenyataan itu di pejabat portal berita Malaysiakini.



Hakim Zanol Rashid Hussain menetapkan ikat jamin RM5,000 dan 18 September untuk tarikh perbicaraan.

Turut hadir di mahkamah adalah Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor Dr Xavier Jeyakumar, bekas presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan, serta beberapa penyokong PKR.

Jika didapati bersalah, Surendran berdepan hukuman 3 tahun penjara maksimum atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya.

Kerjaya politiknya sebagai wakil rakyat juga akan berakhir kerana beliau akan hilang kelayakan sekiranya didenda lebih RM2,000 atau dipenjara setahun, dan tidak menerima pengampunan.

Bercakap kepada pemberita di luar mahkamah, Surendran yang diwakili M Puravelan dan pemimpin PKR Latheefa Koya seperti biasa mendakwa, pendakwaan ini juga telah dirancang oleh Umno.

Surendran menerima tekanan ekoran kenyataannya mendakwa Najib terlibat dalam kes membabitkan Anwar tersebut.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir meminta semua pihak membuat laporan polis susulan tindakan Surendran yang didakwa menghina mahkamah apabila membuat kenyataan melalui saluran laman sosial menuduh mahkamah mengikut telunjuk Najib yang kononnya mengarahkan institusi penghakiman itu mempercepatkan kes pendakwaan terhadap Anwar.

Anwar sebelum ini dijatuhi hukuman penjara selepas didapati bersalah dalam kes Liwat II dan sedang menunggu proses rayuan yang akan didengar di Mahkamah Persekutuan pada 28 dan 29 Oktober ini. – 19 Ogos, 2014.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget