#KLChronicle : @anwaribrahim kata sebab khalid disingkirkan adalah kerana tidak dengar cakap Anwar Ibrahim. Siapa Anwar? Jawatan Ketua Umum PKR adalah satu jawatan "simbolic" sahaja. Jika ada masalah di Selangor, yang bertanggungjawab adalah Khalid oleh itu macam mana boleh Anwar masuk campur.?
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui dirinya dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berada dalam dilema sebelum memutuskan untuk menyingkirkan rakan karib mereka, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, daripada parti.
Anwar berkata beliau dan Azizah, yang turut menganggap Khalid sebagai keluarga terdekat, pada mulanya sering mempertahankan menteri besar Selangor itu apabila diserang ahli parti sendiri yang mengeluh tentang kelemahannya.
Tetapi akhirnya terpaksa membuat keputusan setelah mendapati kesalahan besar Khalid adalah sering menunjukkan sikap tidak peduli terhadap masalah rakyat.
"Azmin tahu, Majlis Pimpinan Negeri (Selangor) bertahun-tahun minta tindakan saya pertahankan," kata Anwar merujuk kepada Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali.
"Saya tak setuju dengan tindakan itu semua.
"Saya pernah pegang tangan Tan Sri Khalid; "banyak perkara yang baik dilakukan tapi dengarlah sikit," katanya dalam ucapan di Kongres PKR di Shah Alam, hari ini. – 24 Ogos, 2014.
No comments:
Post a Comment