KL CHRONICLE: Tahniah @RapidKuantan, Anda Memang Terbaik! #Merdeka57

Sunday, August 31, 2014

Tahniah @RapidKuantan, Anda Memang Terbaik! #Merdeka57

Kakitangan RAPIDKuantan yang menyertai perbarisan
Tanhiah diucapkan kepada pengurusan dan kakitangan RAPIDKuantan kerana buat julung kalinya telah menyertai perbarisan hari kemerdekaan yang ke 57 pagi tadi di Kuantan. Pada pendapat saya, penubuhan RAPIDKuantan merupakan satu langkah yang tepat dan bijak oleh kerajaan Barisan Nasional sejajar dengan Pelan Transformasi Ekonomi (ETP) yang diketuai oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.





Jika kita masih ingat, RAPIDKuantan telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat (YAB) Perdana Menteri Malaysia pada 30 November 2012 untuk memastikan rakyat Kuantan mempunyai kemudahan pengangkutan awam yang setaraf dengan ibu negeri lain di negara ini seperti Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Langkah ini juga untuk memastikan "connectivity" yang baik didalam bandar Kuantan. 


Bas SCANIA terbaru yang mesra OKU
Jika kita masih ingat, RAPIDKuantan pada awalnya hanya mempunyai 3 buah laluan tetapi kini, setelah hampir 2 tahun beroperasi jumlah laluan RAPIDKuantan telah meningkat sehingga 16 laluan dengan menggunakan bas SCANIA yang baru serta mesra golongan OKU. Expansion operasi RAPIDKuantan ini juga telah mewujudkan banyak peluang pekerjaan kepada warga Kuantan sekaligus menaikkan ekonomi penduduk setempat. 

Seperti yang dikatakan tadi, penubuhan RAPIDKuantan juga sedikit sebanyak telah meningkatkan industri pelancongan di Kuantan dan Pahang apabila 16 laluan operasi bas RAPIDKuantan ini menyusuri kawasan pelancongan seperti Teluk Cempedak, kawasan terowong biji timah, Pantai Sepat, Balok dan lain-lain kawasan. Ini sekaligus juga akan membantu peniaga di kawasan sekitar ini untuk meningkatkan pendapatan mereka.


Sistem PIS untuk kesenangan penumpang
Menyedari bahawa jumlah penumpang yang semakin meningkat di Kuantan, pihak RAPIDKuantan juga telah melakukan pemodenan infrastruktur pengangkutan awam dimana kini RAPIDKuantan dilengkapi dengan bas yang mempunyai Passenger Information Sistem (PIS) dimana pengguna bas RAPIDKuantan akan dapat mengetahui waktu ketibaan dan pelepasan bas Rapid sekaligus memudahkan mereka untuk merancang perjalanan. 

Secara jujurnya, saya berpendapat rakyat Kuantan sangat bernasib baik kerana mempunyai kemudahan seperti yang diceritakan diatas. Tahniah juga kepada kerajaan negeri Pahang dan kerajaan Persekutuan kerana komited dalam menaik taraf pengangkutan di Kuantan walaupun Kuantan telah dua penggal berada dibawah pembangkang. i..e Ahli Parlimen Kuantan adalah dari PKR. Ini membuktikan kerajaan tidak pernah pilih kasih dalam memberikan dana serta pembangunan di dalam negara. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget