KL CHRONICLE: PRK Pengkalan Kubor 25 September, penamaan calon 13 September

Friday, August 29, 2014

PRK Pengkalan Kubor 25 September, penamaan calon 13 September


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengumumkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor akan diadakan pada 25 September dan hari penamaan calon pada 13 September.




Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, hari pengundian awal akan diadakan pada 21 September 2014 melibatkan seramai 109 pengundi berdaftar.

"11 sekolah akan dijadikan pusat pengundian melibatkan 46 saluran. Manakala 422 petugas akan bertugas dalam pilihan raya kecil yang melibatkan perbelanjaan RM696,750.

"Daftar pemilih induk 2013 digunakan bersama daftar pemilih suku pertama 2014 yang dikemaskini pada 20 Ogos 2014," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat SPR di Putrajaya hari ini.

PRK DUN Pengkalan Kubor diadakan susulan penyandangnya allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar meninggal dunia ketika menerima rawatan di Guanzhou, China pada 20 Ogos lalu.

Beliau yang juga timbalan pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan berjaya memenangi kerusi DUN Pengkalan Kubor semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu dengan majoriti 1,736 undi dalam saingan tiga penjuru mengalahkan calon daripada PKR dan Bebas.

PRK Pengkalan Kubor merupakan pilihan raya kecil yang ke-7 selepas PRU13 lalu selepas berlangsungnya PRK Kuala Besut, Sungai Limau, Kajang, Balingian manakala dua lagi di peringkat Parlimen iaitu Bukit Gelugor dan Teluk Intan. – 29 Ogos, 2014.

MENYUSUL LAGI

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget