KL CHRONICLE: #PKR pecat @Khalid_Ibrahim kerana enggan beri laluan kepada @drWanAzizah

Saturday, August 9, 2014

#PKR pecat @Khalid_Ibrahim kerana enggan beri laluan kepada @drWanAzizah

Tan Sri dipecat oleh PKR serta merta

PKR mengambil langkah drastik dengan memecat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana enggan mematuhi keputusan parti agar memberi laluan kepada isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menggantikannya sebagai menteri besar Selangor.





Kami difahamkan, keputusan memecat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang itu dicapai secara sebulat suara melalui ahli panel yang kebanyakanya adalah penyokong kuat Azmin Ali.

Menurut Pengerusi Lembaga Disiplin PKR Datuk Dr Tan Kee Kwong, Khalid mengingkari keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR yang sebulat suara memilih Isteri Anwar, Dr Wan Azizah sebagai calon menteri besar Selangor yang baru.

"Beliau membuat kenyataan media pada 22 Julai 2014 yang menyatakan keengganan beliau meletakkan jawatan menteri besar dan sehingga hari ini beliau terus enggan melepaskan jawatan tersebut," kata Dr Tan pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

"Atas alasan ini sahaja pun, Lembaga Disiplin berpendapat beliau wajar dipecat."

Menurut Dr Tan, Khalid turut ingkar terhadap keputusan yang dicapai oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat (PR) yang turut dihadiri Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Lim Kit Siang, dan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menangguhkan proses dan perbincangan mengenai projek Langat 2; dan menangguhkan kenaikan elaun speaker, menteri besar, Exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor.

"Beliau turut gagal mematuhi keputusan Majlis Presiden PR yang dipersetujui sendiri oleh beliau untuk melibatkan Jawatankuasa Penstrukturan Air Selangor dalam isu penstrukturan aset air Selangor dan turut berkeras untuk meneruskan projek Lebuhraya Kidex walaupun parti sudah mengarahkan beliau untuk mengkaji semula projek tersebut kerana ia bertentangan dengan matlamat dan manifesto PR yang dibentangkan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu," katanya. – 9 Ogos, 2014.

MENYUSUL LAGI

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget