KL CHRONICLE: Perkhidmatan @MyRapidKL dilanjutkan Sehingga 1 pagi malam ini

Saturday, August 30, 2014

Perkhidmatan @MyRapidKL dilanjutkan Sehingga 1 pagi malam ini


Merujuk kepada maklumat yang saya terima, bagi membantu warga kota menyambut sambutan hari kemerdekaan kita yang ke 57, pihak RapidKL telah melanjutkan tempoh operasi perkhidmatan LRT, Monorail dan Bas RapidKL. 



Secara jujurnya, saya berpendapat apa yang dilakukan oleh pihak RapidKL ini sangat baik dan tepat pada masanya. Ini kerana dengan melanjutkan perkhidmatan ini, anak muda yang keluar menyambut Hari Merdeka dapat pulang dengan lebih selamat.

Umum diketahui bahawa di Kuala Lumpur, adalah lebih selamat bagi warga kota menaiki perkhidmatan RapidKL berbanding teksi yang kadang kalanya dibawa oleh pemandu yang agak menakutkan. 

Saya ingin nasihatkan anak muda yang keluar pada malam ini untuk berhibur dengan selamat. Janganlah tumpang sesiapa yang anda tidak dikenali. Jika tiada pengangkutan untuk pulang telefonlah ibu bapa masing-masing. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget