KL CHRONICLE: ‘Penyokong kuat’ @Khalid_Ibrahim keluar PKR Beserta Surat Keluar Parti

Tuesday, August 12, 2014

‘Penyokong kuat’ @Khalid_Ibrahim keluar PKR Beserta Surat Keluar Parti

Salinan surat pengisytiharan Faekah Husin keluar daripada PKR dengan alasan hilang kepercayaan kepada parti kerana gagal menguruskan krisis kedudukan menteri besar Selangor. – Gambar The Malaysian Insider, 11 Ogos, 2014.

Orang kanan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, ‎Faekah Husin mengisytiharkan dirinya keluar PKR hari ini kerana tidak berpuas hati dengan tindakan parti itu memecat majikannya.

Faekah dalam surat ke‎pada Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau hilang kepercayaan kepada parti kerana gagal menguruskan krisis kedudukan menteri besar Selangor.



"Saya penama dan nombor keahlian seperti di atas mengisytiharkan keluar daripada menjadi ahli PKR serta merta.

"Tindakan ini saya ambil kerana sudah hilang kepercayaan ke atas pucuk pimpinan parti yang ternyata gagal menangani isu berbangkit daripada kedudukan jawatan menteri besar Selangor secara berhemah dan menurut tatacara yang betul serta teratur.

"Cara dan tindakan yang dilakukan oleh pucuk pimpinan parti ke atas Khalid jelas terkeluar dan terpesong daripada nilai-nilai keadilan yang selama ini diperjuangkan oleh parti ini sejak ditubuhkan pada 4 April 1999," katanya dalam surat tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar (MBI) ‎itu memulakan karier politiknya sebagai ahli Parti Keadilan Nasional (PKN) sejak mula ditubuhkan pada 1999.

Faekah ketika mengesahkan surat tersebut kepada kami berkata, beliau akan meneruskan tugasnya dalam pentadbiran negeri dan peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) seperti biasa.

"Saya akan tumpu pada kerja memajukan hartanah atas nama MBI yang mana saya adalah CEO.

"Penyelaras DUN masih kekal sebab Tan Sri (Khalid) adalah Adun Pelabuhan Klang," katanya.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget