Saturday, August 9, 2014

@Khalid_ibrahim maklum dipecat #PKR, akan mengadap Sultan #Selangor #BubarDUN

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerima keputusan Parti Keadilan Rakyat untuk membatalkan keahliannya dan menganggap ia salah serta cacat dari segi undang-undang. – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 Ogos, 2014.
Tan Sri Khalid wajar #BubarDUN Selangor
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim maklum berhubung isu pemecatannya daripada PKR hari ini dan akan mengadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah walaupun menganggap keputusan itu cacat dan tidak sah.



PKR memecatnya hari ini selepas mengingkari keputusan parti untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor.

"Saya menerima keputusan Parti Keadilan Rakyat untuk membatalkan keahlian saya dalam parti walaupun keputusan tersebut adalah salah dan cacat dari segi undang-undang.

"Seperti kenyataan saya sebelum ini, parti sendiri keliru terhadap pertuduhan yang dikemukakan kepada saya. Malah, PKR gagal menyatakan perkara yang saya lakukan melanggar Perlembagaan PKR," katanya dalam satu kenyataan. – 9 Ogos, 2014.

MENYUSUL LAGI

1 comment:

  1. Nak sokong khalidpun mcm tak guna jugak. Bagaimana khalid seorang yg bijak (walaupun digelar gagap) boleh tersalah pilih parti untuk berpolitik? Kenapa pilih pkr dan kenapa begitu naif percaya kepada anwar, itu persoalan yang dia perlu jawab. Percaya dan berkawan dengan ular, memang potensi kena telan tetap ada. Sekarang baru percaya anwar tu ular? Dh terlambat beb, bubar je dun, biar rakyat tentukan nak pilih ular yg lain pulak!!!

    ReplyDelete