KL CHRONICLE: Jom Ke Program Muafakat Raya Kota Tinggi Bersama @khalednordin dan @MuhyiddinYassin bersama @YayasanMesra

Friday, August 15, 2014

Jom Ke Program Muafakat Raya Kota Tinggi Bersama @khalednordin dan @MuhyiddinYassin bersama @YayasanMesra

Displaying IMG-20140809-WA0034.jpg

Tanggal 16 August 2014 Majlis Sambutan Hari Raya yang bertemakan "Muafakat Raya" Kota Tinggi akan diadakan di Pejabat Daerah dan Pusat Khidmat Parlimen Kota Tinggi. Lebih istimewa, program ini akan dihadiri oleh pemimpin yang hebat dari UMNO Johor iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Khaled Nordin dan juga Ahli Parlimen Kota Tinggi Datuk Noor Ehsanuddin.




Program Muafakat Raya ini akan bermula sekitar jam 3.00 petang dimana warga penduduk di sekitar daerah Kota Tinggi dapat hadir dan merasai kemeriahan sambutan hari raya dimana akan terdapat hampir 30 gerai makanan pelbagai juadah yang disediakan oleh pelbagai agensi kerajaan.

Selain melibatkan puluhan gerai makanan, bagi warga Kota Tinggi yang ingin memberikan sokongan terhadap saudara kita di Gaza, satu tabung khas akan disediakan dan diedarkan sepanjang masa bagi memberikan peluang para tetamu untuk memberi sedikit sumbangan kepada penduduk Gaza.

Sumbangan yang berjaya dikutip pada malam "Muafakat Raya" ini akan diserahkan malam itu juga kepada Syarikat Media Prima. Malah, Yayasan Mesra, sebuah Yayasan yang telah memainkan banyak peranan dan melakukan pelbagai program disekitar kawasan Parlimen Kota Tinggi secara peribadi akan memberikan sumbangan sebanyak RM 10,000 kepada Tabung Bantuan Gaza tersebut.

Bagi memeriahkan lagi majlis, pihak Yayasan Mesra akan mengadakan pertandingan "Gerai Paling Ceria" dimana hadiah-hadiahnya adalah berupa wang tunai RM 5,000 sehingga RM 1,000 (Pemenang tempat Pertama ke Kelima). Lebih unik lagi, semua pemenang "Gerai Paling Ceria" akan menyumbangkan wang kemenangan mereka kepada Tabung Gaza pada malam itu menjadikan wang sumbangan ke Gaza minimum adalah hampir RM30,000!

Selain acara "Gerai paling Ceria", terdapat juga acara lain diadakan pada malam itu untuk menghiburkan orang ramai antaranya:

1. Persembahan artis
2. Bacaan Syair
3. Bacaan Sajak

Malah berkemungkinan Ahli Parlimen Kota Tinggi Datuk Noor Ehsanuddin sendiri akan membaca sebuah sajak untuk warga Kota Tinggi.

Oleh yang demikian saya menyeru kepada warga Johor amnya dan warga Kota Tinggi khasnya untuk ramai-ramai hadir ke malam "Muafakat Raya" ini. Jom!

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget