Wednesday, August 6, 2014

"Jalan Berlubang" Antara Sebab Mengapa @Khalid_ibrahim Perlu Disingkirkan Menurut PKR

Bakal disingkirkan kerana jalan berlubang di Selangor
PKR menyenaraikan enam sebab mengapa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim harus disingkirkan dari jawatan menteri besar Selangor, untuk meyakinkan PAS dan DAP calon lebih baik‎ diperlukan untuk memimpin negeri terkaya itu.



Dalam laporan diserahkan kepada pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat (PR), PKR mengatakan jalan berlubang, isu pungutan sampah, isu hutang RM66.67 juta diselesaikan di luar mahkamah, perjanjian tanah meragukan dengan pemaju, projek Lebuh Raya Kidex, perjanjian penstrukturan air dengan Putrajaya, dan isu berkaitan kenaikan yuran lesen perniagaan.

Dalam laporan setebal 24 muka surat itu, PKR menyifatkan keputusan penyelesaian luar mahkamah antara Khalid sebagai luar biasa pada ketika pihak Bank Islam mempunyai kes yang kukuh.

Alasan lain yang menjadi faktor keputusan menyingkir Khalid dipersetujui adalah melibatkan isu jalan berlubang, masalah sampah dan kenaikan lesen perniagaan sebanyak tiga kali ganda.

Khalid yang juga menteri besar dua penggal ketika ini berdepan kemungkinan disingkirkan partinya sendiri.

Malah, PKR sendiri secara terbuka mengumumkan pengganti Khalid dengan meletak presiden parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon.

Bagaimanapun, Khalid sehingga hari ini masih berkeras dan menyatakan pendirian enggan berganjak daripada jawatan menteri besar.

Dalam perkembangan terkini, Lembaga Disiplin PKR juga sudah menghantar surat tunjuk sebab kepada Khalid dan perlu menjawab sebelum Jumaat ini. – 5 Ogos, 2014.

No comments:

Post a Comment