Tuesday, August 12, 2014

Isu VEP : Eloklah Warga #Singapura Pulang ke Negara Mereka, Jangan Rosak Pasaran Johor

Warga Singapura menetap di Johor Baru pertimbang kembali ke negara asal, tertekan dengan kadar Permit Masuk Kenderaan yang mahal. Gambar fail The Malaysian Insider.

Warga Singapura yang menetap di Johor Baru digesa untuk kembali ke kota singa itu selepas mengkritik kadar Permit Masuk Kenderaan (VEP) yang dikatakan tinggi dikenakan oleh kerajaan Malaysia. 



Akhbar Sinar Harian melaporkan hari ini kenaikan caj VEP yang dikenakan Singapura dan bakal diperkenalkan Malaysia hanya akan menambah tekanan kewangan selain kesesakan di kedua-dua laluan menyukarkan urusan merentasi sempadan.

“Kebiasaan warga Singapura akan membeli-belah, bercuti di sini tetapi kalau ada VEP di Malaysia, dan kenaikan kadar itu oleh kerajaan Singapura, mungkin ia tidak berbaloi untuk terus menetap dan datang ke sini (Johor).


“Kiraan kewangan sama seperti berbelanja di Singapura malah ia lebih menjimatkan daripada segi masa dan belian minyak akibat kesesakan di pintu masuk,” kata Amy kepada akhbar itu.

Beliau yang sudah menetap selama 5 tahun di Johor berkata, warga Singapura juga akan mempertimbangkan untuk menjual aset mereka di negeri itu selepas melihat kenaikan kadar VEP.

“Ramai kawan senasib saya kini sedang mempertimbangkan untuk balik ke Singapura kerana orang kebanyakan seperti kami tinggal di luar bagi menyimpan sedikit wang dan aset.

“Bagi mereka yang memiliki aset dan hartanah mungkin akan pulang ke sini sebulan sekali atau menjual terus pemilikan kerana jika ia dibiarkan akan menjadi tumpuan penjenayah jika tidak disewakan,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Amanda berkata pengenalan VEP oleh kerajaan Malaysia akan menjadikan perbelanjaannya ke tempat kerja meningkat lebih sekali ganda, lapor akhbar itu.

Katanya, sebelum ini hanya $SG300 (RM780) sebulan diperlukan untuk bayaran keluar-masuk Malaysia-Singapura setiap hari ke tempat kerja, namun kosnya akan naik berganda jika perlaksanaan VEP oleh kerajaan Malaysia dan cadangan kadar baharu di Singapura.

“Anggaran $SG800 (RM2,000) perlu dibelanjakan menerusi sistem baru ini malah ia tidak berbaloi kerana perlu berdepan kesesakan," katanya kepada Sinar Harian.


No comments:

Post a Comment