KL CHRONICLE: @cmlimguaneng Marah dengan Kenyataan Nasruddin Hassan, beri 24 Jam untuk mohon maaf

Thursday, August 7, 2014

@cmlimguaneng Marah dengan Kenyataan Nasruddin Hassan, beri 24 Jam untuk mohon maaf


Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng akan mengambil tindakan undang-undang terhadap rakan beliau dari Pakatan Rakyat, Ahli Parlimen Temerloh Nasruddin Hassan jika beliau gagal membuat permohonan maaf tanpa syarat kerana mengeluarkan kenyataan tanpa asas berkenaan terowong bawah laut Pulau Pinang.




Lim berkata, Nasruddin berpegang kepada "dakwaan dan penipuan tidak berasas" berkenaan pembiayaan projek pembinaan terowong dasar laut dan penganugerahan projek berbilion ringgit itu.

"Nasruddin mempunyai 24 jam untuk menarik balik penipuannya dan membuat permohonan maaf kepada saya," kata Lim di pejabatnya di Pulau Pinang, hari ini.

Lim berkata, tindakan undang-undang akan dikenakan kepada Nasruddin sekiranya beliau gagal berbuat demikian kerana "penipuan yang dilakukannya sama seperti cybertroopers yang pro Umno dan Barisan Nasional (BN)".

Katanya, jika Nasruddin merupakan umat Islam yang baik, dan tidak hipokrit, beliau sudah tentu akan menarik balik dakwaan yanng dibuatnya. – 7 Ogos, 2014.

MENYUSUL LAGI

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget