KL CHRONICLE: Akhirnya @Khalid_ibrahim , EXCO PAS bincang cara tadbir #Selangor tanpa DAP dan PKR

Tuesday, August 12, 2014

Akhirnya @Khalid_ibrahim , EXCO PAS bincang cara tadbir #Selangor tanpa DAP dan PKR


Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mula merangka strateginya untuk menjalankan pentadbiran negeri bersendirian sekiranya ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) DAP dan PKR tidak lagi bersamanya, kata Dr Ahmad Yunus Hairi.



Exco PAS itu berkata, beliau dan Khalid mengadakan perbincangan singkat pagi tadi memikirkan jalan untuk mengurus tadbir negeri dengan hanya empat exco daripada PAS.

"Saya ada berjumpa dengan menteri besar melihat bagaimana exco yang tidak meletakkan jawatan ini untuk kita fikirkan bagaimana kita hendak bekerja untuk rakyat negeri Selangor," katanya ketika ditemui di lobi Bangunan SUK Shah Alam, hari ini.

Sehingga kini, masih belum ada exco daripada PKR dan DAP yang meletakkan jawatan. – 12 Ogos, 2014.

MENYUSUL LAGI

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget