Monday, July 7, 2014

WoW! Pusat Judi Lumba Kuda Terbesar Di Asia Bakal Dibina di Hulu Selangor, PAS tak nak berdemo ke?

Pusat Judi Lumba Kuda terbesar di Selangor, satu lagi usaha murni PAS. Takbir!!

Alahai, layu sungguh Pemuda PAS Selangor dan Malaysia sampai diam seribu bahasa bila kerajaan Negeri Selangor sedang mempertimbangkan permohonan sebuah syarikat Cina yang dikatakan rapat dengan sebuah parti politik pembangkang untuk membina sebuah pusat judi lumba kuda terbesar di Asia di Hulu Selangor. 



Jika dulu, demi DAP, PAS sanggup berguling atas jalan dan "sembah laknat" kepada Sultan Perak, sekarang nampaknya PAS layu dan takut untuk berdepan dengan hanya kerajaan negeri dan parti Cina Chauvinist pembangkang untuk menyatakan bantahan terhadap projek lumba kuda ini. 

PAS hanya mampu mengeluarkan kenyataan media di dalam portal Free Malaysia Today sahaja, malah akhbar PAS sendiri, iaitu Harakah juga tidak mengeluarkan sebarang kenyataan. Alahai malu lah ahli PAS, jika sebab GST, Bersih, Blackout semua boleh turun demo, hal agama dan akidah macam ni semua macam unta yang malas pulak. Puii!

KENYATAAN PAS DALAM FREE MALAYSIA TODAY : 

PAS mengakui bahawa isu permohonan untuk membina sebuah pusat lumba kuda di Hulu Selangor boleh memecahkan Pakatan Rakyat di Selangor jika ia tetap diluluskan oleh kerajaan negeri.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar A Samad berkata, PAS merupakan sebuah parti Islam dan tidak akan sama sekali bersetuju dengan pembinaan pusat perjudian tersebut.

“Kami telah menerima maklum balas dari ahli PAS dan masyarakat Islam yang menentang pembinaan tersebut”, katanya.

Katanya lagi, wakil daripada PAS dalam kerajaan negeri pula sentiasa konsisten dengan pendirian ini dan tidak akan bersetuju dengan projek yang memang memudaratkan itu.

Sehubungan itu, Iskandar percaya bahawa isu pembinaan pusat lumba kuda dapat diselesaikan dengan kerajaan negeri mengambil kira pandangan dan suara daripada rakyat.

Beliau turut menggesa agar masyarakat Islam khususnya bersabar kerana kerajaan negeri akan sentiasa prihatin dengan hasrat rakyat.

Terdahulu, Merdeka Centre telah mengadakan satu kaji selidik berhubung pembinaan pusat lumba kuda tersebut pada tahun 2011 dan hasilnya majoriti masyarakat Melayu di kawasan tersebut menolaknya.

Difahamkan pembinaan itu adalah bertujuan untuk memindahkan pusat lumba kuda yang terletak di Sungai Besi seawal tahun 2004 lagi, namun ia tertangguh apabila Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih Selangor pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) lalu.

1 comment:

  1. pas cakap aje pandai, tapi satu apa pun tindakan tak dibuat. Kata org ibarat tin kosong, bila diketuk bunyi aje kuat, tapi kosong Zero takde ape.

    ReplyDelete