KL CHRONICLE: Transkrip Perbualan Pemberontak Ukraine tentang #MH17 #PrayForMH17 #Pray4MH17

Friday, July 18, 2014

Transkrip Perbualan Pemberontak Ukraine tentang #MH17 #PrayForMH17 #Pray4MH17

Kawasan di mana Pesawat MH17 jatuh terhempas di perkampungan Grabovo, dengan kesemua 298 penumpang maut. – Gambar Reuters, 18 Julai, 2014.

Akhbar Ukraine menyiarkan perbualan telefon antara pegawai perisik Rusia dengan komander kumpulan pemisah tentang pesawat yang ditembak, dipercayai pesawat MH17.
Penerbangan Malaysia Airlines (MAS) Pesawat MH17 yang berlepas dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dengan 298 penumpang terhempas malam tadi di timur Ukraine, 50km dari sempadan Rusia.


Pegawai perisik Amerika mendakwa peluru berpandu darat merempuh Boeing 777 itu di kawasan pertempuran antara pemberontak Ukraine pro-Rusia dengan tentera kerajaan tetapi sehingga kini tidak ada pihak yang mengaku bertanggungjawab.
Pada mulanya, Igor Bezler yang didakwa Ukraine sebagai pegawai perisik Rusia dan komander utama di Republik Donetsk memberitahu komander: "Kami baru saja menembak jatuh sebuah kapal terbang kira-kira 30 minit lalu."
Kemudian, rakaman itu menunjukkan pemisah yang menggunakan nama "Major" berkata, jet penerbangan Malaysia ditembak jatuh oleh “Cossacks from the Chernukhino roadblock” sambil menambah: "Ia sah sebuah kapal terbang awam... ada ramai orang di dalamnya."
"Major" memberitahu rakannya yang menggunakan kod nama "Greek" bahawa ia "100% kapal terbang penumpang (awam)."
Greek bertanya: “Apa jenis kapal terbang?” di mana Major membalas: “Saya tidak pasti. Saya belum ke kawasan kejadian. Saya hanya membuat penyelidikan di mana satu mayat jatuh. Ada mayat, kerusi dan badan."
Greek masih berharap pada masa ini bahawa sebuah kapal terbang tentera yang ditembak jatuh dengan berkata: "Ada apa-apa senjata yang tertinggal?"
Major: “Sah tiada ada apa-apa. Semua barangan orang awam, bahan perubatan, tuala, tisu tandas."
Greek: “Ada apa-apa dokumen?”
Major: “Ya, seorang pelajar Indonesia. Dari Universiti di Thompson."
Pegawai dari pentadbiran Presiden Amerika Syarikat Barack Obama yang baru semalam meningkatkan sekatan ke atas Rusia kerana menyokong pemisah, mengesahkan pesawat itu ditembak oleh sebuah peluru berpandu ketika bergerak laju.
Naib Presiden Amerika, Joe Biden berkata, "Ia bukan kemalangan", dengan menambah "Ia meletup di udara".
Biden yang bercakap dengan Presiden Ukraine Petro Poroshenko melalui telefon, adalah pegawai Amerika paling kanan yang membangkitkan idea bahawa pesawat itu ditembak dengan sengaja, tetapi tidak mahu mengesahkan siapa yang bertanggungjawab, lapor the Daily Mail.
Tetapi, Senator John McCain dari Amerika berkata, "Hanya neraka akan membalas" jika pesawat itu ditembak oleh tentera Rusia atau pasukan pemisah.
Salah satu suara yang dipercayai Igor Strelkov, melalui Twitternya berkata: "Kami sudah memberi kamu amaran – jangan terbang dalam 'ruang udara kami'."
Adalah dipercayai dia menganggap menembak jatuh kapal terbang tentera Antonov-26 dari Tentera Udara Ukraine.
Kemudian, selepas menyedarinya, tweet itu dipadamkan.
Kerajaan Malaysia dengan segera mendesak siasatan antarabangsa ke atasnya dibuat, selepas tragedi kedua yang dihadapi MAS selepas MH370 hilang empat bulan lalu. – 18 Julai, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/akhbar-ukraine-siarkan-perbualan-pemberontak-tentang-mh17#sthash.2dYzjSDQ.dpuf

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget