KL CHRONICLE: Lapan mayat ditemui di Tanjung Piai

Thursday, July 17, 2014

Lapan mayat ditemui di Tanjung Piai


Lapan mayat, tujuh lelaki dan satu perempuan, dipercayai mangsa bot karam di perairan Tanjung Piai, Pontian, Selasa lalu, dijumpai hari ini di sekitar lokasi pencarian antara perairan Tanjung Piai dengan Pelabuhan Tanjung Pelepas.

Ketua Penguatkuasa Maritim Daerah Johor Baharu Kapten Aminuddin Abdul Rashid berkata kesemua mayat itu dijumpai antara pukul dua pagi sehingga 12.10 tengah hari.



"Kesemua mayat itu telah diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

"Setakat ini, jumlah mayat mangsa yang telah ditemui adalah 12 orang dengan jumlah keseluruhan mangsa dianggarkan 72 orang - 61 orang selamat," katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Memandangkan jumlah mangsa yang ditemui melebihi jumlah yang dianggarkan, operasi mencari dan menyelamat (SAR) akan diteruskan sehingga 7 malam ini, katanya.

Aminuddin berkata jika ada tanda-tanda atau penemuan terbaru, berkemungkinan operasi SAR akan diteruskan esok.

Dalam operasi SAR yang masuk hari ketiga ini, seramai 108 pegawai dan anggota dari Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), pasukan polis marin, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan polis bantuan Pelabuhan Tanjung Pelepas terlibat dengan menggunakan sebuah kapal dan 16 buah bot.

Pada 14 Julai lalu, bot pancung yang dinaiki 72 pendatang asing tanpa izin termasuk dua tekong itu karam pada kira-kira tiga batu nautika tenggara Tanjung Piai pada 11.40 malam selepas tersangkut di hadapan bot APMM ketika cuba mengelak daripada ditahan.

Bot pancung itu dalam perjalanan ke Pulau Batam, Indonesia selepas menyusup keluar dari perairan Tanjung Adang di Gelang Patah.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/lapan-mayat-dipercayai-mangsa-bot-karam-tanjung-piai-ditemui-40066?cp

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget