KL CHRONICLE: @khalid_ibrahim Letak Jawatan Menteri Besar Selangor

Monday, July 7, 2014

@khalid_ibrahim Letak Jawatan Menteri Besar Selangor

@Anwaribrahim mahu isterinya @drwanazizah menjadi Menteri Besar yang baru
Pagi ini bermacam WhatsApp yang diterima mengatakan bahawa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim akan meletakkan jawatan akibat tekanan dan desakan oleh barisan kepimpinan tertinggi PKR. Namum begitu, sehingga pukul 1.30 pm hari ini, Khalid Ibrahim masih belum menghadap DYMM Sultan Selangor untuk melepaskan jawatan beliau. 



Rafizi punca perpecahan dalam PKR
Secara jujurnya, saya berharap Tan Sri Khalid Ibrahim kekal sebagai Menteri Besar Selangor bagi menghalang agenda jijik dan jahat Anwar Ibrahim dari berterusan. Umum ketahui bahawa kepimpinan PKR telah berpecah kepada tiga geng iaitu:

1. Anwar Ibrahim, Wan Azizah, Nurul Izzah, Rafizi Ramli & Saifuddin Nasution
2. Azmin Ali, Zuraidah Kamaruddin, Shamsul Iskandar, Xavier Jayakumar
3. Khalid Ibrahim, Nik Nazmi ,Faekah Hussin 

Ketiga-tiga geng ini secara terbuka telah menyerang satu sama lain. Bagi ahli akar umbi PKR, kebanyakan mereka telah mula meluat dengan sikap pemimpin mereka yang lebih sibuk menghabiskan masa berebut kekayaan dan jawatan di Selangor berbanding dari berkhidmat untuk rakyat. 

Rakyat Selangor kini sedang dibelenggu pelbagai masalah antaranya catuan air, kes denggi, harga rumah yang melambung tinggi namun pemimpin mereka sibuk membolot kekayaan dan jawatan. Malang sungguh rakyat Selangor yang selama ini memberi undi kepada PKR tetapi sekarang dibiar bersusah payah. Saya cuma mampu berkata, padan muka! Lain kali undi lagi PKR dan Pakatan Rakyat. Ha Ha Ha

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget