KL CHRONICLE: Tidak Berdisiplin, Speaker Halau Ahli Parlimen Keluar Dewan

Tuesday, June 17, 2014

Tidak Berdisiplin, Speaker Halau Ahli Parlimen Keluar Dewan


Ahli Parlimen kontroversi Kuantan daripada PKR, Fuziah Salleh dihalau oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia semasa sidang Dewan Rakyat di Parlimen, hari ini kerana tidak mengikut etika Parlimen ketika mempersoal kewajaran Parlimen menolak petisyen bantahan terhadap projek Lynas.


Selain Fuziah, Ahli Parlimen Padang Serai daripada PKR, N Surendran turut dihalau hanya kerana bersikap biadap terhadap speaker.

Semasa perbahasan di Dewan Rakyat tadi, Fuziah bangun dan meninggikan suara mempersoalkan kewajaran penolakan petisyan tersebut dan enggan duduk selepas Pandikar mengarahkannya duduk sehingga menyebabkan beliau dihalau.

Pada satu sidang media selepas itu Surendran mengakui tidak pasti mengapa speaker menghalaunya.

"Saya "tidak tahu" mengapa speaker menghalau saya, saya hanya mempersoalkan cara beliau kemudian mendengar kawasan saya dipanggil.

"Apabila saya menjawab speaker kemudiannya memutuskan untuk menghalau saya keluar serentak dengan Fuziah," katanya di Lobi Parlimen. – 17 Jun, 2014.

MENYUSUL LAGI

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget