KL CHRONICLE: Selepas @anwaribrahim, Sekarang Malik Kassim Pula Bidas JAIPP

Wednesday, June 11, 2014

Selepas @anwaribrahim, Sekarang Malik Kassim Pula Bidas JAIPP


Itulah nasib Jabatan Agama Islam Pulau Pinang, mereka yang melaksanakan amanah dan tanggungjawab dibidas oleh pemimpin mereka sendiri semata-mata hendak menjaga hati penganut agama lain. Kes JAIPP sama seperti kes JAIS di Selangor yang dibidas oleh PAS kerana:


  1. Mempertahankan kalimah Allah swt
  2. Melakukan sitaan terhadap kitab Injil yang menggunakan kalimah Allah swt


Exco Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Datuk Abdul Malik Kassim (gambar) merayu meminta maaf ke atas insiden rampasan jenazah baru-baru ini yang menurutnya dilakukan tidak mengikut prosedur.

Malik mengecam dan membidas tindakan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) yang disifatkannya tidak sensitif terhadap penganut agama lain.

"Selaku Exco Hal Ehwal Agama Islam dan bagi pihak JHEAIPP juga memohon maaf kepada keluarga si mati, di atas insiden yang berlaku pada 9 Jun itu.

"Tindakan pegawai JHEAIPP dianggap kurang sensitif tentang adat resam, agama dan perasaan ibu si mati yang berbangsa Cina Tan Mah Suan yang berusia  64 tahun dan keluarganya semasa sedang menghadapi saat mendukacitakan," katanya.

Beliau juga menjelaskan tindakan oleh pegawai jabatan agama tersebut membelakangi prosedur yang sepatutnya dipatuhi. Malik Kassim tidak menghuraikan apa prosedur yang dimaksudkan beliau.

"Sepatutnya pegawai JHEAIPP berkenaan  mengambil kira perasaan kaum keluarga dan terlebih dahulu mendapatkan pandangan daripada pengarah JHEAIPP, Bahagian Penguatkuasa JHEAIPP, Jabatan Mufti dan Pegawai Agama Daerah sebelum mengambil tindakan selanjutnya," katanya.

"Saya berjanji dan akan memastikan perkara sebegini tidak akan berulang lagi."

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget