Tuesday, June 24, 2014

Railway Union Malaysia (RUM) Lebih Pentingkan Ir. Nawawi atau Keselamatan Penumpang?




Saya terpanggil untuk menulis satu response terhadap kenyataan tidak bertanggungjawab yang dikeluarkan oleh Railway Union Malaysia (RUM) yang dilihat lebih sibuk menjaga kepentingan Pengerusi Lembaga Pengarah Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berbanding dengan keselamatan hampir 509,000 penumpang yang menggunakan perkhidmatan KTMB bagi sektor pantai timur. 



Umum ketahui bahawa landasan keretapi bagi sektor pantai timur sudah beroperasi hampir xx tahun dan sudah tidak lagi "fit for purpose". Dalam satu siasatan yang telah dijalankan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), didapati terdapat 39 kerosakan "major" sepanjang landasan keretapi dari Gemas ke Gua Musang. Memandangkan keadaan landasan yang sudah teruk dan berbahaya kepada penumpang, pihak SPAD telah mengarahkan landasan ditutup dan dibaiki untuk memastikan keselamatan penumpang terjamin. 

Malangnya, arahan yang telah dikeluarkan SPAD ini tidak dipersetujui oleh RUM melalui laman Facebook mereka. Kenyataan RUM ini mula membuat saya terfikir apakah priority RUM? Adakah priority mereka untuk menjaga Pengerusi atau memastikan operasi KTMB sentiasa lancar bagi memastikan keselamatan penumpang terjamin?

RUM harus ingat bahawa KTMB merupakan satu syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dimana kos operasinya dibiayai oleh kerajaan menggunakan wang rakyat. Oleh itu, RUM sepatutnya mendesak Pengerusi KTMB untuk memastikan perkhidmatan KTMB selamat, bukan menyerang SPAD membabi-buta. 

Saya berharap pihak RUM, KTMB dan SPAD dapat bekerjasama untuk memastikan perkhidmatan keretapi negara sentiasa dalam keadaan yang baik dan selamat untuk kegunaan penumpang. insyallah. 

1 comment:

  1. SPAD bertindak secara professional, berintegriti dan demi kepentingan keselamatan dan kepenggunaan. Selaras dengan motto Rakyat Didahulukan, ie segala yang menyentuh keselesaan, keselamatan, kebajikan dan kehormatan rakyat perlu didahulukan dan diutamakan.

    RUM dengan cara sedemikian hanya melambangkan KTM yang masih lagi tersesat dalam satu vakum 50 tahun lalu, atau masih tertinggal didala salah satu dari 7 terowong sepanjang laluan Gemas- KB itu.

    Dan yang penting!!! Penumpang pantai timur 98% Melayu bukanlah 3rd gred penumpang yang dianggap setaraf Pariah diBombay.

    Aku amat yakin sekiranya ada perubahan perundangan yang dibenarkan oleh kerajaan, sudah tentu ada syarikat Melayu pantai Timur yang sanggup mengadaptasikan rail ini menjadi East Coast Rail (ECR) saperti British Rail yang terpisah dari entiti KTM. Sudah tentu ruyung yang dipecahkan itu nanti dapat menjadi satu perkhidmatan yang menguntungkan kerana ianya dijalankan diluar persepsi negatif KTM...Disitu ada Melayu, disitu tiada keuntungan!!!

    Tetapi kenapa British optimis membina landasan itu 75 tahun lepas, membuka Lipis (1923), Kuala Krai (1927), Temangan (lombong besi 1949) dan Kota Baharu?? Adakah British melihat apa yang tidak mampu KTM lihat walaupun sudah 58 tahun beroperasi secara merdeka?

    ReplyDelete