@mpkotabelud , relax dan sempoi |
The Kuala Lumpur Chronicle, bermula hari ini, 17 June 2014 akan mengeluarkan 3 artikel berkaitan Kesejahteraan Bandar @ Urban Wellbeing.
Memandangkan blog ini berpusat di ibu kota, saya berpendapat topik diatas relevan untuk dikongsi bersama warga kota dalam memastikan usaha kita ke arah mencapai status negara maju menjelang 2020 dapat dicapai. Seperti mana yang kita ketahui, isu perbandaran pada waktu ini sangat dinamik dan semakin mencabar memandangkan Kuala Lumpur sahaja mempunyai hampir 1,674,621 (SUMBER) orang penduduk yang mempunyai pelbagai latar belakang serta sosio-ekonom yang berbeza-beza.
Oleh sebab bilangan orang yang semakin padat di kawasan bandar, terdapat pelbagai cabaran dalam mentadbir sesuatu bandar i.e. perbandaran. Antara cabaran yang kerajaan hadapi di bandar sekarang adalah:
- Masalah bekalan air
- Kesesakan Lalulintas
- Kos sara hidup yang tinggi
Memandangkan isu diatas adalah sesuatu yang menyusahkan rakyat dan memerlukan keprihatinan kerajaan, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dibawah kepimpinan Dato' Abdul Rahman Dahlan telah mengambil langkah yang lebih proaktif bagi mendepani isu-isu ini.
Melalui Jabatan Perancang Bandar dan Desa atau JPBD, satu pusat kecermelangan penyelidikan telah didirikan iaitu Pusat Kecemerlangan Kesejahteraan Bandar atau Centre of Excellence for Urban Wellbeing and Happiness.
Centre of Excellence ini bertujuan memberi urban solutions kepada isu perbandaran yang dinamik dan semakin mencabar. Matlamat ini selaras dengan fungsi JPBD yang bertanggungjawab menyediakan hala tuju perancangan fizikal negara selaras dengan visi pembangunan negara. Fungsi JPBD ini diperkasakan dengan peranan besar yang dimainkan dalam Majlis Perancangan Fizikal Negara atau MPFN yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri. Sehubungan dengan itu, matlamat Centre of Excellence ini turut selari dengan peranan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan atau KPKT, dalam memelihara kesejahteraan penduduk bandar.
Sambungan artikel ini akan disiarkan pada 18 June 2014, pada pukul 9.00 am
No comments:
Post a Comment