KL CHRONICLE: @lauwengsan Biadap, Kini Persoal Kerajaan Johor Beri Kuasa Kepada Sultan Johor

Friday, June 6, 2014

@lauwengsan Biadap, Kini Persoal Kerajaan Johor Beri Kuasa Kepada Sultan Johor


ADUN DAP dari Selangor, Saudara Lau Weng San kini mempersoalkan keputusan tindakan kerajaan Johor yang bakal memberi kuasa multak kepada Sultan Ibrahim Sultan Iskandar (gambar) dalam membentuk Lembaga Perumahan dan Hartanah [DISINI]. Bagi saya, kenapa Lau Weng San, seorang ADUN dari Selangor harus masuk campur isu berkaitan Negeri Johor? 



Adakah sebab sikap Cina DAP yang memang suka tunjuk bagus & sebab mereka mempunyai sokongan hampir 95% orang CIna mereka boleh "bulldoze" dan sibuk hal berkaitan negeri lain? DAP harus ingat bahawa kerajaan Negeri Johor ini adalah kerajaan yang dipilih oleh rakyat melalui sistem demokrasi i.e. proses pilihanraya. Makna nya, rakyat Johor telah memberi kuasa kepada wakil rakyat mereka untuk mentadbir negeri. Jadi biarlah DUN Johor yang buat keputusan apa yang mereka rasa bagus untuk Negeri Johor. 

Saya yakin juga rakyat Johor juga terbuka menerima kepimpinan Sultan Johor dalam hal pentadbiran negeri. Ini terbukti dengan penganjuran hampir setiap tahun Kembara Mahkota Johor yang menyaksikan sambutan yang sangat menggalakkan oleh rakyat. Selain itu, pengurusan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) juga telah "improve" dengan sangat mendadak sehingga pasukan JDT 1 & JDT 2 merupakan antara pasukan yang kuat dalam kancah bola sepak negara. 

Oleh itu, saya rasa Saudara Lau Weng San eloklah fokus hal berkaitan di Selangor yang mempunyai pelbagai masalah yang belum diselesaikan seperti kes rampasan kitab injil, kes serbuan JAIS ke kenduri kahwin orang, Kes KIDEX dan pelbagai lagi kes yang membawa kepada kesusahan kepada rakyat Selangor. Tidak perlu hendak sibuk terhadap hal berkaitan negeri lain.

1 comment:

arab said...

Kalau tuk kebaikan ... Aku sokong jer... Tp jgn buat kasino sudah

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget