Sunday, June 22, 2014

@KhalidSamad ni bodoh agaknya?



Saya merujuk kepada artikel yang dikeluarkan oleh portal Pro-Pembangkang The Malaysian Insider hari ini yang memetik kata-kata Ahli Parlimen PAS Khalid Samad.  Khalid Samad telah dipetik berkata:



"Umno yang sudah hilang kuasanya kepada kerajaan negeri mahu mengembalikan pengaruh mereka menerusi pintu belakang menggunakan Majlis Agama Islam Selangor (Mais).

"Ketua Pengarah Mais dilantik Istana dan Datuk Mohamad Adzib merupakan ahli Umno," katanya dalam satu program di Bukit Gelugor, Pulau Pinang semalam.

Nampak tak kebodohan si Khalid Samad ni? Pertama dia kata Ketua Pengarah MAIS dilantik istana, kemudian dia persoalkan lantikan tersebut kerana Datuk Mohamad Adzib ahli UMNO. Khalid ni tak faham agaknya, bukan UMNO yang lantik Ketua Pengarah MAIS, Istana Selangor yang lantik. Jadi kalau Sultan rasa Datuk Mohamad Adzib tidak bagus, sudah tentu Sultan tidak akan lantik beliau. 

Lagi satu, hal ehwan agama Islam di Selangor adalah diketuai oleh Sultan Selangor. UMNO tidak ada kuasa di Selangor jadi bagaimana UMNO boleh :

1. Mempengaruhi Sultan Selangor
2. Mempengaruhi kakitangan kerajaan Negeri Selangor

Kesimpulanya, kerajaan Selangor adalah satu kerajaan yang sangat lemah apabila tiga parti PKR, DAP dan PAS mempunyai ideologi dan matlamat berbeza-beza. Bila mereka tidak dapat selesaikan masalah mereka salahkan UMNO. Padehal masalah itu adalah berpunca dari kelemahan mereka sendiri 

No comments:

Post a Comment