KL CHRONICLE: @Khalid_ibrahim tidak akan letak jawatan walaupun kalah dalam pemilihan PKR

Saturday, June 28, 2014

@Khalid_ibrahim tidak akan letak jawatan walaupun kalah dalam pemilihan PKR

@Khalid_ibrahim juga membidas @anwaribrahim
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau tidak akan meletakkan jawatan sebagai menteri besar Selangor walaupun kalah dalam pertandingan timbalan presiden PKR, lapor Portal Malaysiakini.




"Tidak ada peruntukan yang menyatakan jika anda kalah dalam pertandingan parti, anda harus meletakkan jawatan sebagai menteri besar," kata Khalid dalam satu sidang media di Pulau Indah, Pelabuhan Klang hari ini.

Khalid berkata, kekalahan dalam pertandingan tiga penjuru itu tidak relevan dengan jawatannya sekarang, kerana untuk menjadi seorang menteri besar, beliau hanya perlu menjadi Adun Selangor.

"Bagaimana jika kalah sebagai ahli Parlimen, jadi tidak boleh menjadi menteri. Itu OK. Tetapi jika kamu seorang ahli Parlimen, kamu akan kekal sebagai ahli Parlimen sehingga pilihan raya umum akan datang," katanya.

Khamis lepas, Khalid dikalahkan oleh pencabarnya, S Manikavasagam dalam perebutan Ketua Cabang PKR Kuala Selangor.

Manikavasagam mendapat 701 undi manakala Khalid 515 sahaja.

Walaupun begitu, Khalid menafikan pandangan yang mengatakan keputusan pilihan raya tersebut menunjukkan tanda berakhirnya kerjaya politik beliau, sambil mengatakan beliau merancang untuk mencabar keputusan tersebut.

"Tidak kiralah kerjaya saya gemilang atau tidak, saya akan meneruskan tanggungjawab saya sebagai Adun, menteri besar dan juga ahli Parlimen Bandar Tun Razak sehingga ke pengakhiran," Khalid dipetik berkata hari ini.

PKR dan DAP Selangor kedua-duanya banyak mengkritik Khalid atas prestasinya sebagai menteri besar, temasuk cara pengendalian isu hangat seperti masalah bekalan air, lebuhraya Kidex serta perampasan kitab Bible berbahasa Melayu dan Iban.

Sumber PKR memberitahu The Malaysian Insider bahawa satu-satunya halangan yang dihadapi pemimpin Pakatan untuk menyingkirkan Khalid adalah Presiden PAS, Hadi Awang yang dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan Khalid menerusi menantunya.

Datuk Mohd Ariff Sabri daripada DAP menulis dalam blognya bahawa Khalid perlu digantikan sekiranya beliau kehilangan jawatan timbalan presiden PKR.

"Khalid mungkin akan mengatakan jawatan parti tidak sama dengan jawatan MB. Beliau perlu mengiktiraf bahawa beliau hanya mendapat keabsahan daripada parti yang mencalonkan beliau sebagai MB," kata MP Raub itu pada 16 Jun.

"Sebaik sahaja beliau kehilangan kepercayaan mereka, ia sudah seperti mereka meminta beliau meletakkan jawatan secara baik."

Namun pemimpin pembangkang serta Ketua De Facto PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata nasib Khalid akan ditentukan oleh pimpinan tertinggi pembangkang melalui persetujuan ramai. – 28 Jun, 2014.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget