KL CHRONICLE: JAKIM Jawab Isu Bihun Jijik Cap Masjid

Wednesday, June 11, 2014

JAKIM Jawab Isu Bihun Jijik Cap Masjid


Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) dalam kenyataan menerusi laman rasmi Facebooknya mengesahkan menerima maklum berhubung isu kilang pemprosesan bihun yang jijik serta menggunakan logo halal.





Pengarah Bahagian Hab Halal JAKIM berkata, siasatan lanjut juga akan dijalankan berikutan produk terbabit menggunakan logo halal sendiri.

"Merujuk kepada pertanyaan yang diterima hari ini (10 Jun 2014) berkaitan produk 'BIHUN ISTIMEWA' yang menggunakan lambang masjid dan telah disebarkan melalui media-media sosial, JAKIM dengan ini menegaskan bahawa syarikat tersebut adalah bukan Pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia dan tidak pernah mempunyai sijil halal yang sah daripada JAKIM.

"Walaubagaimanapun, oleh kerana produk tersebut menggunapakai logo halal sendiri (self declaration) pada pembungkusan, perkara ini adalah bertentangan dengan Akta Perihal Dagangan 2011, Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 dan boleh dikenakan tindakan di bawah akta berkenaan," tegasnya.

3 comments:

Hamdan said...

JAKIM sudah "tolak" penglibatannya.
Jelas dan tegas.

Penyediaan bahan makanan yang kotor dan jijik - sudah tentu bahaya dan meloyakan.

Siapa pula nak bertanggungjawab dan "menyelesaikan" perkara ini..

KKM atau PBT ?

Unknown said...

Bukan kah salah satu tanggungjawab Jakim ialah memantau products yg ada dipasaran.

Bila penguatkuasa masuk pasar2 tak nampak kah benda ni sehingga blogger menyentuk isu ini.

Kalau penguatkuasa tak nampak ni pelik bunyinya.

Rakyat Jelata said...

Baguslah macam tu..tapi rakyat dah muak dengan jawapan..Akan..Akan menyiasat..sekarang dah terbukti..ambil sahaja tindakan mahkamah terhadap kesalahan penggunaan logo HALAL..bukankah sabit kesalahan bagi syarikat yang menyalah gunakan Logo tu denda 1 Juta?..apa lagi...

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget