KL CHRONICLE: Hampir 47,000 pengguna di Lembah Klang alami gangguan bekalan air tidak berjadual

Wednesday, June 25, 2014

Hampir 47,000 pengguna di Lembah Klang alami gangguan bekalan air tidak berjadual


Sejumlah 46,547 pengguna di Wilayah Klang, Shah Alam dan Kuala Selangor mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual ekoran penutupan sementara Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1 (SSP 1) oleh Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn. Bhd. (SPLASH).

Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam, Syarikat



Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (SYABAS), Priscilla Alfred berkata, penutupan itu berikutan gangguan bekalan elektrik di LRA berkenaan dari pukul 4 hingga 6 pagi hari ini.

Beliau berkata, ini menyebabkan pengeluaran air terawat daripada LRA SSP1 ke kolam yang menerima bekalan air berkurangan dan mengakibatkan penurunan paras simpanan.

"Bekalan ke kawasan terbabit dijangka memerlukan masa agak lama untuk pulih secara berperingkat kerana rizab kapasiti bekalan air terawat daripada loji sedia ada amat kecil disebabkan permintaan yang sangat tinggi berikutan cuaca panas yang dialami ketika ini.

"SYABAS juga mengenal pasti lokasi paip pecah yang mengakibatkan sejumlah 1,184 pengguna di Pulau Ketam dan Sungai Lima, Klang turut mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual," katanya.

Tambahnya, lokasi paip pecah terletak di dasar laut berhampiran Terminal Glenn Cruise dan bagi mengenal pasti kaedah paling sesuai untuk memperbaikinya akan mengambil sedikit masa berikutan kedudukan paip yang rosak berada di jajaran paip sepanjang 18 kilometer itu.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget