Saturday, June 14, 2014
Diganyang Belanda, Casillas mohon maaf secara terbuka
Kapten pasukan bola sepak Sepanyol, Iker Casillas meninggalkan mesej buat anggota pasukannya selepas pasukan juara dunia pada Piala Dunia 2010 itu kalah 5-1 dalam perlawanan pagi tadi, dan mesejnya adalah: Maaf.
Dalam pertemuan antara Sepanyol dan Belanda pada awal Sabtu, Robin van Persie dan Arjen Robben masing-masing menjaringkan dua gol manakala Stefan de Vrij satu setiap seorang bagi pasukan Belanda. Bagi Sepanyol pula, pemain Xabi Alonso menjaringkan satu gol buat pasukannya menerusi sepakan penalti.
Casillas telah membuat tidak kurang dari tiga kesalahan dan kini Sepanyol berdepan kemungkinan tersingkir pada pusingan pertama. Mereka perlu mengalahkan Chile dan Australia untuk mencerahkan peluang mara ke pusingan kedua.
“Saya ingin meminta maaf kepada rakyat Sepanyol. Saya tidak dapat melakukan yang terbaik,” kata Casillas semasa meninggalkan bilik persalinan.
Sepanyol yang berjaya mengalahkan Belanda 1-0 pada Piala Dunia 2010 lalu dalam perlawanan akhir di Afrika Selatan, dilihat berjaya menguasai rentak permainan pada separuh masa pertama, namun tumbang pada separuh masa kedua.
Penyokong Belanda yang berada di Stadium Fonte Nova semasa menyaksikan perlawanan itu bersorak ‘Ole’ selepas pasukan kegemaran mereka memenangi perlawanan tersebut.
“Susah untuk saya gambarkan dan ini sangat menakjubkan. Ini adalah tiga mata yang sangat bermakna, tetapi tidak cukup untuk ke pusingan seterusnya,” Van Persie memberitahu pemberita.
Dua pasukan akan mara ke pusingan 16. Naib juara bagi kumpulan Sepanyol dan Belanda bakal berdepan dengan Brazil yang dijangka menjadi juara kumpulan A.Brazil mengalahkan Croatia 3-1 semasa perlawanan pembukaan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment