Wednesday, June 4, 2014

CERMIN GELAP : KENYATAAN MEDIA TIMBALAN MENTERI M.O.T @AKaprawi

@AKaprawi Timbalan Menteri Pengangkutan

PENGENALAN

Pada pagi ini saya telah bersama-sama Bengkel Kajian Semula Peraturan Pengguanaan Cermin Gelap bagi Kenderaan. Bengkel ini dianjurkan oleh Kementerian Pengangkutan dengan matlamat untuk mendapat maklumbalas daripada semua pihak yang berkepentingan untuk menambahbaik peraturan dan mekanisme sedia ada khususnya peraturan di Bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 berkaitan penggunaan cermin gelap. 



LATARBELAKANG

Bengkel Kajian Semula Peraturan Penggunaan Cermin Gelap bagi Kenderaan telah diadakan pada 2 -3 Jun 2104 di Holiday Inn, Glenmarie Kuala Lumpur.  Bengkel ini dihadiri oleh seramai 100 peserta yang merangkumi agensi kerajaan, NGO serta swasta.  Pada hari pertama, PDRM, JPJ, MIROS dan JKJR telah membuat pembentangan berhubung dengan penggunaan cermin gelap. Pembentangan meliputi impak yang terbaik kepada rakyat sebagai pengguna,  kesalinghubungan penggunaan cermin gelap dengan aspek keselamatan jenayah dan keselamatan jalan raya,  penyeragaman amalan penguatkuasaan antara JPJ dengan PDRM di jalan raya dan penguatkuasaan di premis aksesori kenderaan.

DAPATAN DAN CADANGAN KEMENTERIAN PENGANGKUTAN

Bengkel ini telah mengesyorkan supaya dikekalkan Visibile Light Transmittance (VLT) sebanyak 70% untuk cermin depan dan 50% untuk cermin sisi pemandu seperti peraturan sedia ada.  Untuk cermin sisi penumpang belakang dan lain-lain cermin pula disyorkan VLT sebanyak 30% yang merupakan pengurangan dari VLT sebanyak 50% .

Bengkel memutuskan supaya pihak peniaga yang menjual aksesori cermin gelap mempunyai alat untuk menguji VLT dan ianya perlu dikaliberasi setiap 12 bulan.  Dalam pada itu, Bengkel juga telah memutuskan supaya setiap filem cermin gelap yang dijual perlu mempunyai sijil pengesahan VLT dari kedai selepas dipasang.

KESIMPULAN

Syor Bengkel ini akan dibawa kepada perhatian YB Pemangku Menteri Pengangkutan untuk dinilai sebelum diputuskan.  Buat masa sekarang syor-syor yang dimaklumkan ini masih dalam peringkat cadangan.  Kementerian Pengangkutan dalam usaha untuk mendapat maklumbalas dari rakyat berkaitan syor ini diminta untuk melawat Laman Sesawang JPJ bagi mengemukakan cadangan dan maklumbalas.  Pautan untuk cermin gelap ini akan dibuka mulai 4 Jun 2014 sehingga 11 Jun 2014. 

No comments:

Post a Comment