KL CHRONICLE: Brazil tewaskan Croatia dalam perlawanan pembukaan Piala Dunia 2014

Friday, June 13, 2014

Brazil tewaskan Croatia dalam perlawanan pembukaan Piala Dunia 2014

Pemain Brazil, Neymar meraikan kejayaannya menyumbat gol untuk pasukan itu menewaskan Croatia dalam perlawanan pertama Piala Dunia 2014, awal pagi tadi. – Gambar Reuters, 13 Jun, 2014.

Brazil merasmikan perlawanan pertama Piala Dunia 2014 dengan kemenangan 3-1 ke atas Croatia dalam saingan pembukaan Kumpulan A, di Stadium Corinthians Arena di Sao Paulo sebentar tadi.



Dua jaringan bintang Barcelona, Neymar dan satu daripada Oscar mengesahkan tiga mata untuk anak didik Luiz Felipe Scolari.

Terdahulu, Croatia berjaya mengejutkan juara dunia lima kali Piala Dunia itu hasil jaringan gol sendiri pertahanan, Marcelo seawal minit ke-11.

Brazil kembali semula sebagai tuan rumah selepas mendapat penghormatan tersebut pada 1950.
Sememangnya, sejak Piala Dunia dianjurkan julung kalinya pada 1930, Brazil merupakan pasukan yang tidak pernah gagal membuat penampilan di pentas Piala Dunia.

Daripada 19 edisi Piala Dunia, Brazil dianggap sebagai pasukan yang paling berjaya apabila menjadi juara sebanyak lima kali pada 1958, 1962, 1970, 1994 dan 2002.

Bermain di depan penyokong sendiri, Brazil dijangka tidak mempunyai masalah untuk menjadi juara Kumpulan A dalam Piala Dunia 2014 ini yang turut dibarisi oleh Croatia, Cameroon dan Mexico.

Croatia yang merupakan pecahan daripada Yugoslavia meraih pencapaian terbaik tempat ketiga dalam penampilan ulung mereka pada Piala Dunia 1998 di Perancis.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget