Wednesday, June 25, 2014

Akaun FB Ibu Remaja Malang Digodam


Akaun Facebook wanita yang didakwa ibu kepada remaja malang, Muhammad Firdaus Dullah, 15, telah digodam sejak malam semalam.




Tinjauan mendapati, akaun tersebut telah diceroboh sekitar jam 7 petang kelmarin dengan menggunakan nama Syah RilekCrew.

Penggodam turut memuatnaik status yang mengundang kemarahan di akaun Facebook kepunyaan Imashima Lola itu, menyebabkan ramai pelayar Facebook meninggalkan komen dan kata-kata kecaman kepada pemilik asal akaun tersebut.

Pemilik asal akaun tersebut masih dalam tahanan reman polis sejak Ahad lalu, dijangka dibebaskan hari ini.

Wanita berkenaan didakwa ibu kepada Muhammad Firdaus apabila beberapa keping gambar dipercayai Muhammad Firdaus telah dikongsi dalam akaun Facebook berkenaan.

Muhammad Firdaus sebelum ini telah ditemui Jabatan Imigresen Negeri Sembilan yang diketuai Pengarahnya, Faizal Fazri Omar, ketika mengadakan operasi memburu pendatang asing tanpa izin (Pati) di Flat Taman Semarak, Nilai.

Remaja malang ini ditemui dalam sebuah bilik rumah yang kotor dan terdapat kesan najis serta air kencing. Keadaannya yang kurus kering, dipercayai kerana kekurangan zat makanan dan dalam keadaan diri yang tidak terurus.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak 2001 dan dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

No comments:

Post a Comment