KL CHRONICLE: SKMM perjelas laporan tidak tepat berkaitan kelajuan jalur lebar Malaysia

Wednesday, May 7, 2014

SKMM perjelas laporan tidak tepat berkaitan kelajuan jalur lebar Malaysia



Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyuarakan keraguan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berhubung data atas talian yang dikeluarkan Ookla mengenai kelajuan jalur lebar Malaysia.



Pengerusi SKMM, Datuk Mohamed Sharil Tarmizi dalam satu kenyataan berkata, keraguan Ahmad Shabery bukannya tidak berasas.

"Sejak kebelakangan ini, beberapa ujian kelajuan jalur lebar telah dijalankan dan diterbitkan pelbagai pihak yang menggambarkan keputusan berbeza-beza," katanya.

Mohamed Sharil berkata, setiap ujian kelajuan jalur lebar diukur menggunakan kaedah yang berbeza yang menyebabkan hasilnya berbeza-beza.

Dilaporkan bahawa Ookla dalam kajiannya baru-baru ini memberikan purata penarafan kelajuan jalur lebar Malaysia pada 5.48 Megabit sesaat (Mbps), lebih perlahan daripada Vietnam dan Kemboja.

"Sebenarnya, jika anda lihat keputusan ujian Ookla sendiri, purata kelajuan jalur lebar di Kuala Lumpur adalah 6.29 Mbps dan malah Pantai (satu lokasi di Kuala Lumpur) menunjukkan kelajuan purata setinggi 21.84 Mbps.

"Semuanya bergantung kepada dari mana ujian itu diadakan dan berapa banyak bandar raya dikira," katanya.

Ookla merupakan peneraju global dalam ujian jalur lebar dan aplikasi diagnostik rangkaian berasaskan web.-BERNAMA

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget