KL CHRONICLE: Setelah Kantoi, Ibu @Dyanasmd umum keluar Perkasa #PRKTelukIntan

Tuesday, May 27, 2014

Setelah Kantoi, Ibu @Dyanasmd umum keluar Perkasa #PRKTelukIntan



Ibu kepada calon DAP PRK Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud , Yammy Samad akhirnya mengumumkan keluar dari pertubuhan NGO Perkasa, hari ini selepas menjadi ahli selama hampir enam (6) tahun. 



Difahamkan, Yammy merupakan seorang ahli jawatankuasa penaja dalam NGO terbabit.

Dalam sidang media bersama Dyana dan dikelilingi beberapa pemimpin DAP yang lain, Yammy menyatakan hasrat tersebut demi menamatkan kontroversi pembabitkan beliau dalam NGO terbabit. 

Sebelum ini, kempen PRK Teluk Intan membabitkan anaknya itu turut dikaitkan dengan penglibatan beliau dengan NGO pro Melayu itu.

Dyana sebelum ini telah menipu pengundi di Teluk Intan dengan menafikan bahawa ibunya merupakan ahli Perkasa.

Namun bekas pembantu penasihat DAP, Lim Kit Siang itu semalam mengakui pernah membantu ibunya mengendalikan sesi pendaftaran keanggotaan Perkasa pada tahun 2008.

"Saya "tidak tahu" sama ada ibu saya anggota Perkasa ketika itu, dan saya pula masih belajar," katanya pada sidang akhbar semalam.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget