Wednesday, May 7, 2014

Sebab Kenapa Saya Bersetuju Dengan Abdullah Zaik & ISMA

Presiden Isma, Abdullah Zaik Abdul Rahman bertegas kenyataannya adalah fakta sejarah mengenai orang Cina di Malaysia. Gambar fail.

Hari ini MCA (Parti Cina dari BN) & DAP (Parti Cina dari PR) telah bersatu dan membuat laporan polis terhadap Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdullah Zaik Abdul Rahman susulan daripada kenyataan beliau yang mendakwa kaum Cina penceroboh bersama penjajah British‎. Bagi MCA & DAP, kenyataan Abdullah Zaik bahawa bangsa Cina merupakan golongan "penceroboh" kononya merupakan satu kenyataan yang berbaur "hasutan".



Persoalan saya, apa sangat yang berbaur hasutan dengan kenyataan Abdullah Zaik ini? Bukankah bangsa Cina sememangnya golongan pendatang yang dibawa masuk dari China ke Tanah Melayu untuk bekerja di lombong-lombong timah? Saya memetik petikan daripada wikipedia yang menyebut:

"A much larger wave of immigrants, mainly from the controlled port of Fujian and Guangdong provinces through the administration of the British, this is due to the First Opium War of Battle of Amoy and Battle of Canton (May 1841) resulting Canton and Amoy being captured by the British to enhance their trading of the orient namely Old China Trade, which the authority differs from the Mainland China of Qing Dynasty,[14] due to poverty and hard lives in mainland China most of them accepted the job offered by the British ranging from a British officer and coolies from the late 19th century until the early 20th century. Their immigration to Malaya and Straits Settlements was encouraged by the British, who used the Chinese to work in tin mines and rubber plantations.[15] This group established Chinese Schools and were mostly Chinese educated."


Pada pendapat saya, orang Cina zaman sekarang sudah malu dikategorikan sebagai immigrant kerana mereka sudah mempunyai wang, berpendidikan, dan kini berkuasa. Oleh itu sikap mereka semakin angkuh sehingga mahu sejarah lampau mereka dipadamkan daripada kisah masa lampau Tanah Melayu. 

Kembali kepada perkataan "penceroboh", merujuk kepada Kamus Bahasa Melayu, penceroboh bermaksud "orang (negara dll) yg menceroboh atau mencerobohi" jadi betul lah apa yang dikatakan oleh Abdullah Zaik, iaitu bangsa Cina merupakan penceroboh ke Tanah Melayu. 

Maksud perkataan "Penceroboh" boleh dilihat disini : http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=penceroboh

Oleh yang demikian, saya menegaskan sekali lagi yang saya bersetuju dengan Abdullah Zaik & ISMA, dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan MCA , sebuah parti komponen Barisan Nasional yang bersatu dengan parti Chauvanist DAP dalam membuat laporan polis terhadap Abdullah Zaik & ISMA. 

Ini hanya merupakan pendapat peribadi saya, kita tidak perlu berasa malu dengan sejarah lampau kita walaupun kita sudah mempunyai pendidikan yang tinggi, berduit dan berkuasa.

Our past is what that shapes our future. So be proud of it. 

4 comments:

  1. Saya telah pun mendaftar sebagai ahli ISMA kelmarin !

    ReplyDelete
  2. Berbalik semula kpd persoalan asas isu ini. Siapakah yang memulakan isu ini? ISMA? Saya rasa bukan.... Lihatlah apa yang sering diperkatakan oleh pihak Pembangkang khususnya DAP dan juga PKR.... Elok juga diteliti kenyataan2 dari MCA. Gerakan dan MIC sendiri.... Saya rasa kita boleh nampak, siapakah yang memulakan isu ini.

    ReplyDelete
  3. Penceroboh bukanlah satu perkataan atau tindakan yang sangat"hina" dan sepatutnya tiada siapa-siapapun patut "terasa hati".

    Sebaliknya cuba teliti bentuk-bentuk "penghinaan" yang lebih "mendalam" serta menghiris hati-hati oleh sesuatu golongan terhadap golongan yang lain.

    Lihatlah dengan kedua-dua belah mata.

    ReplyDelete
  4. Kenapa lah pihak polis berat sebelah. Yang menghasut hendak menumbangkan kerajaan, Melayu di kategorikan anjing dan kucing kurap, penghinaan kepada Islam, Allah, Nabi Muhammad SAW, hudud , apa lagi ke bangsa Melayu bertimbun-timbun dan bermacam-macam lagi, terlepas dan bebas.

    Bagaimana Melayu perlu mempertahankan semua maruah yang di longkangkan pihak yang tidak sedar untung ini ? Perkara tidak akan terjadi di China, Singapura, Australia, Indonesia malah di Amerika kerana kesejahteraan rakyat majoriti sangat di utamakan. Baru lah yang yang minoriti akur mengikut arus perdana dan aspirasi negara tercinta...

    Tiada salah nya ISMA. Benar tetap benar. Sejarah tidak boleh di ubahsuai mengikut kesesuaian masa. Ia menjadi iktibar dan sempadan. Maka wujud lah Perlembagaan Malaysia berteraskan keamanan untuk rakyat majmuk keseluruhan nya akibat tindakan-tindakan melampaui fitrah negara ini.

    ReplyDelete