Saturday, May 24, 2014

Piala Thomas: Malaysia tewaskan Indonesia untuk melangkah ke final


Malaysia melangkah ke perlawanan akhir Piala Thomas apabila menewaskan Indonesia 3-0 pada separuh akhir di New Delhi pada malam tadi.




Dengan kemenangan tersebut, Malaysia akan bertemu Jepun pada Ahad ini yang mengejutkan juara bertahan China pada perlawanan sebelumnya.

Kemenangan Malaysia dilakar menerusi pemain perseorangan Lee Chong Wei dan Chong Wei Feng serta pasangan beregu, Tan Boon Heong-Hoon Thien How.

Kejayaan Malaysia melangkah ke perlawanan akhir ini mengulangi pencapaian yang sama pada 12 tahun lalu di Guangzhou, China dimana pada perlawanan akhir menentang Indonesia, Malaysia bagaimanapun tewas 2-3.

1 comment:

  1. Mohon Laluan Untuk Kenyataan Media Pembela berkenaan sikap tidak sensitif sesetengah pihak terhadap agama Persekutuan

    http://www.bangkit.info/2014/05/kenyataan-media-pembela-berkenaan-sikap_24.html

    Terima kasih atas ruang kebenaran.

    ReplyDelete