KL CHRONICLE: @NurJazlan @saifuddinabd Ni Kerja untuk @tonyfernandes ke? @HishammuddinH2O @AKaprawi

Tuesday, May 20, 2014

@NurJazlan @saifuddinabd Ni Kerja untuk @tonyfernandes ke? @HishammuddinH2O @AKaprawi



Saya sangat terkilan dan kecewa dengan sikap dua orang pemimpin UMNO yang hari ini mengeluarkan kenyataan tidak masuk akal berkaitan isu "permasalahan" di KLIA2 susulan daripada "complain" yang dilakukan oleh Pemilik AirAsia Tony Fernandes. Sebagai pemimpin yang telah banyak dibantu oleh kerajaan, Nur Jazlan dan Saifuddin Abdullah haruslah mendengar penjelasan dari kedua-dua pihak dan bukan sedap mulut menyalahkan Malaysia Airports Berhad (MAHB). 



Nur Jazlan dan Saifuddin Abdullah kena ingat MAHB adalah satu syarikat Malaysia yang beroperasi di serata dunia dan dengan mengkritik MAHB secara terbuka, reputasi MAHB akan terjejas sekaligus menyebabkan peluang mereka melakukan business terjejas. Jangan lupa MAHB membawa nama "MALAYSIA" , bukan seperti AirAsia, walaupun dikatakan "Malaysian" tetapi pernah merajuk dengan mengugut akan memindahkan operasi ke Jakarta bila kerajaan tidak mahu memberikan diskaun terhadap jumlah hutang tertunggak. 

Selain itu, persoalan saya kenapa AirAsia sahaja yang komplen dan bukan syarikat lain? Ingat Malindo Air, Cebu Pacific Air, Tiger Air juga beroperasi dari KLIA2, tapi kenapa tidak ada apa-apa isu dan masalah? Hmm.. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget