Thursday, May 8, 2014

Kenyataan Permohonan Maaf Menteri Bijak Pandai Joseph Entulu



Akhirnya menteri bijak pandai Datuk Joseph Entulu memohon maaf atas kesilapan beliau mengeluarkan kenyataan yang "syok sendiri" sehingga menyebabkan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib dikecam oleh orang Melayu kerana kononnya telah menggadai bangsa akibat desakan orang bukan Melayu.



Apa yang lebih menyedihkan adalah tindakan tidak bertanggungjawab Joseph ini telah menyebabkan portal pro pembangkang seperti Malaysiakini dan The Malaysian Insider mula menghentam Perdana Menteri seolah PM telah "flip flop" dalam membuat satu keputusan walhal perkara ini tidak sesekali dibincangkan di dalam kabinet.

Saya berharap PM akan mengambil tindakan tegas terhadap Joseph kerana melanggar protokol dan seterusnya mengakibatkan PM dikritik oleh pelbagai pihak. 

No comments:

Post a Comment