KL CHRONICLE: ISMA Tidak Perlu Mohon Maaf, Kekal Dengan Kenyataan Cina Penceroboh

Friday, May 9, 2014

ISMA Tidak Perlu Mohon Maaf, Kekal Dengan Kenyataan Cina Penceroboh

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdullah Zaik Abdul Rahman bercakap kepada pada sidang media di Bangi, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 9 Mei, 2014.

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdullah Zaik Abdul Rahman enggan mengemukakan permohonan maaf atas kenyataannya yang mendakwa kaum Cina sebagai pendatang.

Beliau berkata, tindakan agresif bukan Islam seperti membuat laporan polis terhadap dakwaannya dilihat sebagai tindakan menghalang hak keistimewaan Melayu dalam Perlembagaan.



"Mereka bimbang ia akan menghalang usaha mereka untuk mengubah identiti negara yang jauh daripada hak Melayu dan mengenepikan kedaulatan Melayu dan Islam," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Isma, di Bangi hari ini.

Abdullah berkata, kenyataannya sebelum ini bertujuan memberi amaran dan peringatan kepada bukan Islam supaya tidak lagi mengkritik mengenai hal ehwal Islam.

Sebelum ini, beliau mendakwa pendatang China yang dibawa British ke Tanah Melayu merupakan penceroboh malah kewarganegaraan dan kemewahan yang diperoleh mereka juga boleh dipersoalkan.

“Ini semua kerja British yang masuk bersama kaum Cina bagi menekan dan membuli orang Melayu,” katanya seperti dilapor portal rasmi Isma pada Selasa.

Kenyataan Abdullah itu mendapat kritikan kumpulan bukan Islam dengan akhbar China menyamakan pertubuhan itu seperti Perkasa yang rasis dan berfikiran sempit.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata sebelum ini bahawa Abdullah disiasat dibawah Akta Hasutan setelah beberapa laporan polis dibuat terhadapnya.

Menerusi sidang media hari ini, Abdullah mahu penglibatan bukan Islam dalam politik dihadkan berdasarkan kerangka Perlembagaan.

Katanya, Orang Melayu dan beragama Islam di negara ini berhak menyuarakan pandangan yang menggambarkan masa depan negara dan kaum lain tidak berhak mengemukakan tentangan.

Mereka melannggar garisan merah dan mencampuri urusan Melayu dan Islam. Ini sudah melampau.

“Demi untuk keadilan, bangsa lain perlu menghormati hak istimewa Melayu dan Bumiputera seperti apa yang diperuntukkan dalam Perlembagaan,” katanya.

Beliau berkata bukan Islam tidak berhak melarang kehendak orang Islam dalam membentuk aspirasi negara.

Katanya, Malaysia adalah Tanah Melayu dan bangsa Melayu hendaklah kekal sebagai bangsa yang berdaulat di Tanah Melayu selamanya.

“Apa yang diperuntukkan oleh Perlembagaan dan jaminan yang diberi oleh orang Melayu kepada bukan Melayu sudah lebih daripada mencukupi.

“Ini adalah pandangan politik mewakili majoriti orang Melayu dan Islam di negara ini yang disuarakan dalam kerangka kebebasan bersuara,” katanya.

Abdullah berkata pihak polis datang ke pejabatnya semalam bagi menjalankan siasatan dan soal siasat berlangsung kira-kira selama dua jam

1 comment:

SolitaireHunter said...

Kini Pengerusi DAP Sarawak Chong Chien Jen telah mengistiharkan Sarawak untuk keluar dari Malaysia lapor Malaysian Insider!

https://my.news.yahoo.com/putrajaya-treating-us-unfairly-lawmaker-tells-sarawak-state-022502486.html

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget