KL CHRONICLE: Hudud : @khairykj Sahkan Pemuda UMNO Akan Jumpa Komponen BN

Saturday, May 3, 2014

Hudud : @khairykj Sahkan Pemuda UMNO Akan Jumpa Komponen BN


Pergerakan Pemuda Umno akan mengadakan perjumpaan tertutup dengan rakan pemuda dari parti-parti komponen BN termasuk MCA, Gerakan dan MIC untuk memberi penjelasan berhubung hukum hudud.




Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, perjumpaan itu perlu diadakan segera supaya semua pihak mendapat penjelasan yang betul dan tepat mengenai hukum itu daripada pihak yang arif tentang hudud.

Katanya pergerakan pemuda Umno mendapati anggota daripada komponen BN masih kurang faham hingga menyebabkan mereka membuat pelbagai andaian dan tidak menerima hukum hudud setakat ini.

“Pandangan dan pegangan pergerakan pemuda adalah tidak berbeza dengan pandangan Umno yang menerima hukum hudud sebagai hukum Allah," katanya kepada pemberita di Besut petang semalam.

Beliau berkata, pegerakan itu juga akan menganjurkan satu forum bagi memperjelaskan berhubung pelaksanaan hukum hudud di negara ini dalam jangka dua minggu lagi.

Khairy berkata, beberapa tokoh agama dan pakar undang-undang sivil dan syariah akan dijemput menghadiri forum itu.

“Antara tokoh yang bakal dijemput termasuk bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan beberapa tokoh lain," katanya. - Bernama

1 comment:

SolitaireHunter said...

Ramai sangat yang nak bercakap isu hudud ni nanti jadi lebih teruk lagi. Isu GST pun tak selesai lagi sehingakan pembangkang jadikan modal hentam kerajaan. Belanja berbelas juta untuk promosi akhirnya konsultan yang untung banyak!

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget