KL CHRONICLE: Haji Hadi : Tak tahu hudud, jangan cakap @dyanasmd #PRKTelukIntan

Saturday, May 24, 2014

Haji Hadi : Tak tahu hudud, jangan cakap @dyanasmd #PRKTelukIntan



Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan supaya mana-mana pihak yang tidak mengetahui tentang hukum hudud supaya berhenti bercakap mengenainya kerana ia boleh menjejas orang lain yang sememangnya tidak memahami undang-undang Islam itu.  




Beliau berkata mereka perlu sama sekali berhenti bercakap soal hukum itu kerana bimbang ia boleh mencelarukan lagi keadaan sedia ada.  

"Ini bukan sahaja menimbukan kekeliruan malah ia merosakkan... Kalau tak tahu jangan cakap sepatutnya... Saya tak tuju kepada sesiapa.

 "Mereka cakap pasal hukum hudud dan tak tahu apa... pada hal hukum hudud merupakan salah satu dari undang-undang jenayah," katanya kepada pemberita selepas Seminar Pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah II Kelantan di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik) di sini, hari ini.

 Turut hadir Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.  

 Semalam, Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata umat Islam perlu berhati-hati mengeluarkan pendapat mengenai hudud kerana dikhuatiri jika tersilap lafaz ia boleh menjejaskan akidah dan syahadah mereka.   

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget