KL CHRONICLE: Gambar Jemaah Cedera Di Mekah Malam Tadi

Friday, May 30, 2014

Gambar Jemaah Cedera Di Mekah Malam Tadi


Polis Mekah menafikan khabar angin yang tersebar dalam media sosial pada Khamis bahawa terdapat tiga jemaah umrah terbunuh dalam kejadian berasak-asak dalam Masjidil Haram.

Menurut laporan arabnews.com, pegawai polis menegaskan bahawa hanya empat orang sahaja yang mengalami kecederaan selepas terlibat dalam satu insiden kekecohan.


mekah
                                                                        Masjidil Haram - Gambar Fail

“Tiga daripada mereka – kesemuanya wanita telah diberikan rawatan di tempat kejadian manakala mangsa keempat telah dikejarkan ke sebuah hospital berdekatan,” kata jurucakap polis Mekah, Aati Al-Qurashi.

Menurut seorang lagi pegawai, lelaki yang dikejarkan ke hospital itu mengalami luka yang serius pada kepalanya.

Tambahnya, sebaik pintu Kaabah dibuka untuk upacara pembersihan, terdapat ramai pengunjung yang berpusu-pusu untuk mengambil kesempatan apa yang ada dalam Kaabah itu.

“Disaat itulah lelaki tersebut terjatuh sehingga mengalami kecederaan pada kepalanya,”.

Sebelum itu, Gabenor Mekah, Putera Mishaal Abdullah yang mewakili Penjaga Dua Masjid, Raja Abdullah turut menyertai kerja-kerja pembersihan Kaabah itu.

Rumah Suci Allah itu lazimnya akan dibersihkan dari dalam dua kali dalam setahun iaitu pada bulan pertama dan lapan calendar Hijrah, Muharam dan Shaban.

“Kami sangat berbesar hati apabila ramai pengunjung mengerjakan ibadat mereka di sini sepanjang tahun,” menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pembesar Hal-Ehwal Dua Masjid yang diwakili oleh gabenor.

Kedatangan gabenor itu telah disambut oleh Ketua Pembesar, Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais dan timbalannya Mohammed Al-Khozaim.

Gabenor kemudiannya menunaikan solat di Masjidil Haram sebelum memasuki ke dalam ruang Kaabah untuk upacara pembersihan menggunakan air zam-zam yang dicampur dengan haruman bunga mawar dan wangi-wangian yang lain.

Menteri Kebudayaan dan Informasi, Abdulaziz Khoja, Datuk Bandar Raya Mekah, Osama Al-Bar dan beberapa putera raja, menteri, para diplomat dan rakyat turut menyertai upacara pembersihan Kaabah ini.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget