KL CHRONICLE: Di Twitter, Sekali Lagi @mpkotabelud Sekolahkan @cmlimguaneng

Thursday, May 8, 2014

Di Twitter, Sekali Lagi @mpkotabelud Sekolahkan @cmlimguaneng



Saya tertarik dengan "Debat" di twitter antara Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Dato' Abdul Rahman Dahlan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkaitan isu ruang "kaum" di dalam borang yang melibatkan kerajaan. Kita semua maklum bahawa DAP selama ini begitu aktif dan gigih memperjuangkan slogan "Malaysian Malaysia" mereka dimana semua kaum di Malaysia harus diberikan layanan yang sama rata walaupun orang Melayu merupakan orang asal di Tanah Melayu. 



Lim Guan Eng, macam biasa telah menghina kerajaan dengan mempersoalkan kenapa kerajaan memerlukan ruang kaum didalam borang kerajaan. Macam biasalah KM Pulau Pinang ni malas hendak membaca jadi sebagai seorang Menteri, Dato Abdul Rahman telah memberikan penjelasan dimana ruang kaum diperlukan untuk memastikan kerajaan dapat mengumpulkan data kaum dan memastikan bantuan kerajaan disalurkan kepada mereka yang benar-benar layak. Dato Abdul Rahman menjawab dengan tenang dan penuh berhemah. 

Selain itu, Dato Abdul Rahman juga menunjukkan bukti bahawa kerajaan negeri Selangor, yang ditadbir dibawah Pakatan Rakyat juga mempunyai ruang kaum didalam borang mereka. Antara contoh yang diberi adalah seperti dibawah:


Ini membuktikan Lim Guan Eng sebenarnya tidak konsisten dengan kenyataan beliau. Dalam masa beliau mengutuk kerajaan masih kekalkan ruang kaum didalam borang kerajaan, beliau terlupa malah kerajaan PR juga berbuat demikian. Tidakkah nampak sangat kebodohanya?

Malah jika dilihat dari website Majlis Perbandaran Seberang Jaya, anda akan lihat bahawa borang permohonan lesen premis perniagaan juga ada ruang kaum didalam borang tersebut. Adakah ruang kaum didalam borang ini untuk memudahkan kerajaan DAP Pulau Pinang beri lebih banyak lesen perniagaan kepada orang Cina?


Ingin saya ingatkan disini bahawa Kerajaan Tempatan/Local Council adalah dibawah kuasa Kerajaan Negeri. I quote from Wikepedia,

Local governments are generally under the exclusive purview of the state governments as provided in the Constitution of Malaysia, except for local governments in the federal territories. The federal Ministry of Housing and Local Government plays a role in coordinating and standardizing the practices of local governments across the country.

Oleh itu, nasihat saya kepada Lim Guan Eng eloklah beliau cermin diri sendiri dlu sebelum hendak kritik kerajaan persekutuan. 

Sort out your state first before opening your mouth and look like a fool. 


No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget